Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

 

 

KLANG – Seorang penjenayah yang terlibat kes samun di Subang Jaya bertindak agresif memecut laju kenderaan sebelum melanggar kenderaan awam di Kampung Pendamar di sini pada Ahad.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, suspek dikejar sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Katanya, suspek yang menggunakan kereta jenis Proton Inspira memandu secara berbahaya sehingga melanggar beberapa buah kenderaan orang awam.

“Sewaktu berada di kawasan Masjid Kampung Pendamar, Klang, suspek bertindak melanggar kereta yang digunakan polis secara agresif sehingga hampir melanggar kenderaan lain.

“Pada masa tersebut, pihak polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.



Beliau berkata, kenderaan suspek yang dipandu laju kemudian terbabas di tepi jalan kawasan Kampung Pendamar.

Menurut Hoong Fong, suspek terus melarikan diri dari lokasi tersebut sebelum berjaya ditahan di kawasan Jalan Kem, Pelabuhan Klang.

“Semakan mendapati suspek berusia 31 tahun itu memiliki pelbagai rekod lampau kesalahan jenayah serta dadah.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” ujarnya.



Tambahnya, suspek telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi siasatan lanjut berhubung kejadian samun yang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan kejadian ini, boleh disalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker