Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad sudah melaksanakan tugas dengan baik tetapi ada juga melakukan kekhilafan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata demikian dalam temu bual dengan Thai PBS ketika ditanya berhubung kekalahan Dr Mahathir bertanding untuk mempertahan kerusi Parlimennya di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu.



Beliau berkata, apa yang perlu dilakukan bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu ialah segera menerima hakikat mengenai keadaan berkenaan.

“Saya rasa kita tidak patut ganggu beliau. Beliau sudah menjalankan apa yang patut dibuat, namun beliau juga menimbulkan masalah.

“Buat masa ini lebih baik untuk negara maju ke hadapan. Kita kena terima realiti. Bagi saya, beliau ataupun sesiapa sahaja, lagi cepat lagi bagus.

“Kita kena terima hakikat yang kita mempunyai peranan. Kita sepatutnya baca isyarat. Apabila ia sudah terjadi, ia terjadi,” katanya



Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mempunyai jawapan terhadap kekalahan bekas Perdana Menteri itu pada PRU15.

Dr Mahathir yang kembali aktif dalam politik selepas memenangi Langkawi pada PRU-14, Mei 2018 lalu, bagaimanapun kalah teruk pada PRU15 di kerusi sama apabila hanya memperoleh 4,566 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaimi Abdullah memenangi kerusi itu dengan majoriti 13,518 selepas mendapat 25,463 undi.

Sementara itu, Anwar menegaskan tiada tempoh ‘bulan madu’ baginya dan pentadbiran dalam Kerajaan Perpaduan melalui tempoh 100 hari pertama yang bakal tiba tidak lama lagi.



Beliau berkata, sejak mula penubuhan kerajaan, semua rakan sekerjanya mendapat mesej yang jelas supaya komited dan bekerja keras dalam menetapkan parameter yang betul, berhubung tadbir urus negara dengan baik.

“Kita tidak mempunyai tempoh masa yang jelas sama ada dalam seminggu, sebulan atau setahun. Namun, yang penting dari hari pertama kita perlu menetapkan parameter dengan betul kerana kita bercakap mengenai tadbir urus yang baik.

“Selain membawa negara keluar daripada rasuah yang menjadi sistemik dan bermakna cabarannya adalah serius. Begitu juga perkara yang kita perlu tangani berhubung ketegangan kaum atau permusuhan agama,” katanya. BH

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]



Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker