Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

JASIN – Kebahagiaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bertukar senyuman dan kata-kata manja dengan kekasihnya di tepi Pantai Siring, Merlimau di sini tidak berpanjangan apabila dicekup penguat kuasa, tengah malam tadi.

Wanita berusia 20 tahun dan kekasihnya 22 tahun itu antara lima pasangan yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Sambutan Hari Kekasih.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan itu dicekup selepas dilihat duduk berdua-duaan dalam keadaan gelap di tepi pantai berkenaan tanpa mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

“Hasil soal siasat wanita tersebut merupakan pelajar IPT dan mengaku mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih sejak dua tahun lalu.

“Pasangan itu memberi alasan hanya duduk melepak selepas makan malam bersama, namun ketika diserbu kedua-duanya didapati duduk begitu rapat tanpa mempunyai ikatan yang sah,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat melakukan operasi sekitar pukul 4 pagi tadi.

Dalam pada itu beliau berkata, dua pasangan yang lain turut ditahan dalam serbuan di dua buah hotel di sekitar Banda Hilir.

“Kita juga menahan dua pasangan berusia antara 25 tahun hingga 37 tahun kerana berkurung tanpa sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

“Satu pasangan melibatkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat kurier berusia 28 tahun dengan kekasihnya 25 tahun di sebuah hotel di Ujong Pasir.

“Sepasang lagi adalah pasangan warga asing iaitu warga Bangladesh dengan warga Indonesia di sebuah hotel terkenal di Taman Melaka Raya,” katanya.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 dan Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. K Online

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker