TMJ tak minat – Hamidin

TMJ tak minat – Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan.

Katanya, perkara itu dimaklumkan TMJ ketika beliau dan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengadakan pertemuan dengan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di Johor Baharu, Sabtu lalu.



Beliau berkata sebaliknya Tunku Ismail berhasrat untuk membantu pasukan kebangsaan termasuk menyediakan beberapa kelengkapan latihan buat skuad Harimau Malaya.

“Pertama, beliau (TMJ) jumpa saya sebab nak tahu mengenai kemenangan saya (sebagai Ahli Majlis FIFA) di Bahrain dan beliau ucapkan tahniah.

“Kedua, saya nak jelaskan beliau tak berminat nak memegang apa-apa jawatan (dalam skuad kebangsaan), sama ada pengurus pasukan atau apa sahaja.

“Tetapi bermula dari sekarang beliau nak usahakan untuk membantu pasukan kebangsaan, apa yang boleh beliau buat terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.



“Beliau kata nak sumbangkan beberapa kelengkapan gimnasium lagi dan meminta Pan Gon senaraikan barang. Kemudian beliau kata, Stadium Nasional nak kena buat (naik taraf) tahun ini, jadi beliau mempelawa untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim.

“Pan Gon pun tiada masalah dengan perkara itu dan dia pun sukakan padang di Stadium Sultan Ibrahim selain fasiliti sains sukan yang ada dekat sana,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang menganggap TMJ sebagai individu yang layak untuk bertindak sebagai pengurus pasukan skuad Harimau Malaya terutama untuk menghadapi Piala Asia 2023.

Mengulas lanjut, Hamidin berharap semua kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) boleh membantu untuk bersama-sama menaikkan pasukan kebangsaan ke tahap lebih tinggi.



“Saya sudah jelaskan sebelum ini, semua kelab diharap dapat membantu pasukan Malaysia, bukan hanya TMJ sahaja. Kita banyak kejohanan di ASEAN, Asia dan juga usaha untuk ke Piala Dunia, jadi semua pihak kena bantu selain kerajaan yang memang membantu kita,” katanya. BH

TMJ tak minat – Hamidin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang



Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker