Syukur rakyat dapat lihat tahap pemahaman ekonomi Ketua Pembangkang – Rafizi

Rafizi sindir Hamzah tak faham konsep ekonomi

Syukur rakyat dapat lihat tahap pemahaman ekonomi Ketua Pembangkang – Rafizi

Sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini bertukar menjadi ‘debat’ seketika selepas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyindir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kononnya tidak memahami konsep pertumbuhan ekonomi’.

Terdahulu, Rafizi dalam jawapan kepada soalan asal Hamzah, memaklumkan meskipun pertumbuhan ekonomi tahun lalu adalah 8.7 peratus, pertumbuhan bagi setiap suku sepanjang 2022 menunjukkan penurunan.

“Suku pertama 2022, ekonomi tumbuh 3.8 peratus, kemudian turun kepada 3.5 peratus dan suku ketiga jatuh kepada 1.9 peratus, manakala suku keempat sebenarnya menguncup sebanyak 2.6 peratus,” katanya.

Hamzah ketika bangun mengemukakan soalan tambahan meminta Rafizi ‘memperbetulkan’ jawapannya, kerana mendakwa pertumbuhan bagi setiap suku yang menyusut itu tidak selari dengan pertumbuhan ekonomi 2022 sebanyak 8.7 peratus.

Sambil tersenyum sinis, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menjawab persoalan itu dengan menyindir Hamzah.

“Saya bersyukur kerana seluruh negara dan dunia dapat melihat bahawa Ketua Pembangkang tidak faham konsep pertumbuhan ekonomi dalam jawapan pertama,” katanya disambut ketawa Ahli Parlimen kerajaan.

Rafizi menjelaskan 8.7 peratus itu merujuk pada pertumbuhan tahunan hasil perbandingan saiz ekonomi antara 2022 dengan 2021.

Katanya, pertumbuhan ekonomi tahun lalu mencatat nilai besar kerana ia dibandingkan dengan nilai pertumbuhan ekonomi yang kecil pada 2021, akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan ekonomi ketika itu ditutup.

Namun, tegasnya, pelaksanaan perancangan ekonomi perlu turut mengambil kira pertumbuhan ekonomi bagi setiap empat suku sepanjang 2022, yang akan menunjukkan secara lebih jelas sama ada ekonomi negara menurun atau meningkat.

“Itu angka rasmi yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) yang telah diterima pakai oleh dunia.

“Bukan saya yang perlu perbetulkan data, ketua pembangkang kena balik perbetulkan pemahaman mengenai pertumbuhan ekonomi,” sindir Rafizi.

Enggan mengalah, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menjelaskan, kenyataannya itu merujuk kepada jawapan Rafizi yang seolah-olah memperkecilkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.7 peratus, yang dicatatkan hasil inisiatif kerajaan diterajui Perikatan Nasional (PN).

“Penambahan yang besar itu jangan kita nafikan, ini yang dirancang secara baik oleh kerajaan sebelum ini yang boleh mempertingkat pertumbuhan ekonomi negara.

“Sepatutnya kita terima hakikat. Kerana (Rafizi) nak maklumkan seolah-olah tiada langsung pertumbuhan, jangan tunjukkan berlaku penurunan, itu maksud saya,” katanya.

Menjawab penjelasan itu, Rafizi menegaskan meskipun pertumbuhan ekonomi 8.7 peratus itu adalah hasil suntikan wang yang besar daripada sektor awam dan dana kerajaan, yang akhirnya memberi kesan negatif pada kedudukan kewangan kerajaan.

“Sebab itu tak boleh leka dengan pertumbuhan 8.7 peratus, dalam keadaan kita tahu pertumbuhan bagi empat suku yang lepas sudah menurun dan dalam 2023, kita juga akan berdepan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan,” katanya. FMT

Syukur rakyat dapat lihat tahap pemahaman ekonomi Ketua Pembangkang – Rafizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker