Saintis temui bukti Penguin kemungkinan makhluk asing

Saintis temui bukti Penguin kemungkinan makhluk asing. Sekumpulan saintis percaya bahawa penguin berkemungkinan adalah makhluk asing yang datang dari Planet Zuhrah selepas menemui sejenis bahan kimia yang berasal dari planet tersebut dalam najis haiwan itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Saintis-saintis tersebut turut mengakui tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan kimia bernama fosfin itu boleh wujud di Bumi.

Bahan kimia tersebut pada tahun lepas ditemui pada lapisan gas yang mengelilingi Zuhrah. Planet itu mempunyai atmosfera serupa dengan Bumi.

Susulan itu, mereka merancang untuk mengkaji cara hidup penguin spesies Gentoo yang kebiasaannya terdapat di Kepulauan Falkland.

“Kami percaya bahawa penemuan fosfin adalah benar, namun tidak mengetahui punca kepada wujudnya unsur tersebut,” kata Dr. Dave Clements dari Kolej Imperial London.

Tambah Clements, terdapat beberapa bakteria anaerob yang menghasilkan fosfin.

“Ia mungkin berkaitan dengan pertahanan atau memberi isyarat bagi melawan bakteria pesaing,” ujarnya. – Agensi

Saintis temui bukti Penguin kemungkinan makhluk asing


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adam Corrie Islamkan 20 orang saudara baharu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker