Resepi kuih gunting legend



Resepi kuih gunting legend

PEJAM celik kita sudah bakal menghampiri ke penghujung Ramadan. Rasa sekejap sangat masa berlalu.

Itu bermakna kita sedang menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sudah pasti, kebanyakan daripada kita juga sedang sibuk membuat persiapan raya terutamanya membeli baju raya, kelengkapan rumah dan ada juga yang sedang ‘bersilat’ di dapur menyiapkan kuih raya.

Hmmm…Di platform Facebook dan TikTok, sudah banyak resepi yang dikongsi. Rata-ratanya macam mudah sahaja nak buat.




Seorang pengguna media sosial, Salmah Hassan juga tidak mahu ketinggalan memuat naik resepi kuih gunting buatannya yang memang ringkas dan mudah.

Ini bahan-bahan dan cara penyediaan yang disyorkan beliau.

BAHAN-BAHAN

1 kilogram tepung gandum
250 gram marjerin
1 biji telur
1 kiub ikan bilis
Minyak
100 gram bawang merah
50 gram bawang putih
50 gram ikan bilis
50 gram udang kering
Cili kering
10 gram garam
10 gram bahan perasa
200 mililiter air

Cara penyediaan:




1. Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis, udang kering, cili kering, garam dan perasa bersama air sehingga halus.
2. Kemudian, uli tepung dan marjerin sehingga sebati. Masukkan telur dan uli adunan lagi.
3. Selepas itu, masukkan bahan kisar tadi dan uli sehingga sebati.
4. Masukkan daun kari yang telah dipotong. Uli sehingga doh tidak melekat dijari. Pastikan tidak terlalu keras dan lembik.
5. Bahagikan dan bulatkan doh supaya senang dicanai menggunakan kayu giling.
6. Panaskan dalam kuali non-stick sekejap tanpa minyak supaya keras. Kemudian, sejukkan.
7. Boleh dipotong dan digunting.
8. Kemudian, goreng dalam minyak yang banyak.
9. Toskan minyak menggunakan tisu.

Berdasarkan cara Salmah, kuih gunting nampak senang sahaja untuk ‘diselesaikan’. Bahan-bahan pun mudah nak cari.

Patutlah ramai yang gemar membuat sendiri di rumah berbanding membeli.

Apa kata jom cuba buat resipi itu minggu ini!

Resepi Salmah Hassan




Resepi kuih gunting legend


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.