Zarul dedahkan RM2 juta habuan untuk Guan Eng

Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan bahawa dia memberikan wang tunai RM2 juta kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan RM2 juta kepada bekas perdana menteri Najib Razak

Zarul membuat dakwaan tersebut semasa pemeriksaan balas oleh Gobind Singh Deo, peguam bela utama Lim Guan Eng semasa perbicaraan rasuah hari ini yang dikaitkan dengan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Saksi pendakwaan ke-23 itu mendakwa pada Ogos 2017, dia mengeluarkan wang tunai RM2 juta dari peti besinya untuk diberikan kepada Najib, dan cek RM2 juta untuk Lim.

Zarul: RM2 juta untuk Najib, dan cek RM2 juta untuk Lim Guan Eng.

Gobind: Jadi, RM2 juta untuk Lim Guan Eng dan RM2 juta untuk Najib?

Zarul: Betul.

Saksi itu mendakwa dia membawa RM4 juta ke Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Ogos 2017.

Gobind kemudian menuduh Zarul berbohong kerana dia sebelum ini memberi keterangan bahawa RM2 juta itu adalah untuk ahli perniagaan G Gnanaraja.

Zarul bagaimanapun bertegas, dan mengulangi bahawa dia sebelum ini telah membuat pembetulan kepada SPRM bahawa wang tunai RM2 juta itu adalah untuk Gnanaraja, dan berasingan daripada cek RM2 juta lain untuk Lim.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker