Muhyiddin dakwa rakyat marah dengan tuduhan Anwar, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri

Muhyiddin dakwa rakyat marah dengan tuduhan Anwar, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri

Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) memberi amaran rakyat akan bertindak balas terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri atas perlakuan “mencipta” pelbagai tuduhan ke atas gabungan itu.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, gabungan itu akan “tarah” (menang) di semua enam negeri itu.

Katanya, tuduhan dibuat Anwar kononnya berlaku penyelewengan dana semasa beliau menjadi perdana menteri hanya ciptaan dibuat demi menghasut rakyat membenci PN.

“Sekarang ini kalau boleh dihitamkan muka saya dan semua (pemimpin PN) ini, kata (kita ini) perompak dan lanun supaya rakyat tak sokong kita.

“Tapi saya percaya gelombang PN yang sudah pun kita lihat (pada) PRU lalu akan terus melanda negara ini (dan) enam buah negeri ini akan tarah. ‘There will be backlash’ (akan ada tindak balas). Saya nak bagi amaran,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah Agong.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Muhyiddin dakwa rakyat marah dengan tuduhan Anwar, yakin PN ‘tarah’ 6 negeri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker