Tiada pengecualian bayaran balik PTPTN graduan kelas pertama, kata menteri

PETALING JAYA: Tiada pengecualian automatik bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama, kata Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, bagi pengecualian itu PTPTN perlu membuat permohonan untuk kerajaan mendapatkan peruntukan bagi membiayainya.

“Soal untuk mengecualikan bayaran balik pinjaman kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang bergantung kepada permohonan PTPTN kepada kerajaan untuk mendapat peruntukan bagi membiayai pengecualian itu.



“Permohonan dibuat kepada Kementerian Kewangan dan ini bergantung kepada setiap tahun bajet yang diumumkan, jadi ia bukan automatik dan bergantung kepada peruntukan diberikan oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan dikemukanan Chong Zhemin (DAP-Kampar) pada sesi Waktu Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat.

Sementara itu, beliau berkata buat masa ini kerajaan tidak merancang untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40.

Katanya, berdasarkan unjuran awal PTPTN, cadangan pemansuhan hutang pinjaman kepada golongan itu akan membabitkan 1.84 juta peminjam, dengan jumlah pelupusan hutang sebanyak RM42.34 bilion.

“Terdapat pelbagai cara dan inisiatif dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam daripada golongan itu, antaranya penangguhan bayaran balik jika menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan dan penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan.



“Selain itu, pemberian diskaun bayaran balik jika dilakukan bayaran secara sekali gus dengan penuh dan bayaran balik hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian bagi memberi ruang membuat persediaan sewajarnya serta memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik,” katanya menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang), bila program pemansuhan hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan mula diperkenalkan dan jumlah penerima manfaat.

Pada 27 Jan lalu, bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan akan mengembalikan keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama.

Beliau berkata, keistimewaan itu akan diberi kepada graduan menamatkan pengajian bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]



Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker