Ular sawa mengawan atas siling rumah

Ular sawa mengawan atas siling rumah

BENTONG – Kejadian siling rumah yang pecah tiba-tiba membongkar kewujudan dua ekor ular sawa yang bersarang di sebuah rumah di Lorong Permai, Chamang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, dua reptilia yang dipercayai sedang mengawan ditemui di atas siling rumah yang dihuni seorang ibu tunggal dan anaknya.

Reptilia pertama seberat 32 kilogram (kg) dengan panjang kira-kira hampir lima meter manakala seekor lagi seberat 25kg dengan panjang lebih empat meter itu berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong.

Som Salleh,57, berkata dia tidak menyangka ular sawa sebesar itu menjadikan siling rumahnya itu sebagai sarang selama ini.

“Semasa kejadian pada pukul 3 petang iti saya dan anak perempuan sedang berbual di bilik sebelah, namun terkejut selepas mendengar bunyi benda jatuh dari bilik berkenaan.

“Saya segera ke bilik sebelah dan ternampak ekor ular sawa besar terkeluar daripada atas siling pecah. Mengigil juga dibuatnya ketika melihat ular tersebut sebab nampak terlalu besar dan saya segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM),”katanya di sini semalam.

Dalam pada Som yang merupakan pesara kerajaan berkata, sehingga kini dia masih lagi trauma dengan kejadian itu.

“Nasib baik ketika kejadian, anak tidak berada di bilik itu kerana selalunya dia akan tidur pada waktu kejadian kerana hari cuti. Jika tidak, tak tahu apa yang berlaku, sebelum ini memang ada ular masuk tapi keluar sendiri kerana ada rumah terbiar berhampiran,”katanya. K Online

Ular sawa mengawan atas siling rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker