Kecurian Nadir Bumi: MB Kedah ambil sikap sambil lewa, UMNO Kedah sokong tubuh RCI

Umno Kedah hari ini menyokong gesaan aktivis alam sekitar agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah.

Ini selepas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dikatakan mengambil sikap sambil lewa apabila mengatakan tiada bukti aktiviti seumpama itu dilakukan di kawasan hutan simpan berkenaan.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ramai penduduk tempatan di kawasan itu menggesa agar dakwaan kecurian REE itu didedahkan kepada orang ramai, ekoran rasa sangsi dengan jawapan Sanusi.



“Bukan hanya pemimpin, malah penduduk kampung di sekitar Bukit Enggang dan NGO tempatan juga menyuarakan keresahan mereka terhadap sikap sambil lewa Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor yang berdolak dalih mempertahankan kononnya tiada kecurian REE yang berlaku.

“Sedangkan, apa yang berlaku di sekitar Bukit Enggang adalah sangat mencurigakan penduduk tempatan berdasarkan aktiviti penerokaaan REE yang mencurigakan, selain kehadiran warga asing, jentera berat dan penangkapan 52 individu yang bagaikan mendapat “lesen besar”, disyaki menjarah kekayaan hasil bumi negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Shaiful turut membidas Sanusi kerana didakwanya dengan rela hati memilih untuk menerima kompaun berjumlah RM630,000 dan tidak meneruskan pendawaan di mahkamah berhubung isu tersebut.

Apatah lagi katanya, skandal kecurian unsur nadir bumi itu membabitkan hasil bumi Kedah yang dianggar melibatkan ratusan juta ringgit.



“Jika kecurian ini terus dibiarkan berlarutan berlaku, ia semestinya akan merugikan ekonomi negeri Kedah.

“Kedah bakal kehilangan peluang untuk membina sebuah industri sokongan yang mampu memberi sebuah anjakan dimensi ekonomi baharu di negeri kedah dan terutamanya di daerah Sik.

“Justeru itu, saya bersetuju dengan gesaan agar diwujudkan sebuah tribunal siasatan khas (RCI) bagi menyiasat skandal kecurian REE di Bukit Enggang ini untuk didedahkan kepada umum bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlak,” katanya.

Sabtu lalu, sebuah NGO yang menganjurkan protes berkenaan isu REE di Bukit Enggang menggesa penubuhan RCI berikutan dakwaan kecurian sumber asli berkenaan.



Jurucakap mereka, Mahadzir Abdul Hamid, yang juga pengerusi Yayasan Jariah Malaysia, berkata siasatan menyeluruh dan telus perlu dilakukan secara serius dan menyeluruh tanpa menyembunyikan salah laku, penyelewengan, rasuah atau salah guna kuasa.

“Jumlah kerugian mungkin lebih besar kerana tempoh kecurian berlaku hampir dua tahun, mungkin mencecah angka ratusan juta ringgit. Justeru, kami menggesa agar RCI atau tribunal siasatan khas ditubuhkan bagi melakukan siasatan menyeluruh,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang



Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker