Tukar nama Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, apa jasa pada negeri?

 

Keputusan Mesyuarat EXCO Negeri Sembilan yang memutuskan pertukaran nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr. Chen Man Hin bersempena nama mendiang Chen Man Hin, yang juga pengasas DAP dibantah oleh Berjasa

Ketua Penerangannya, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, pertukaran nama jalan kepada nama mendiang tidak signifikan dengan semangat Malaysia Madani yang dicanangkan Perdana Menteri. 



“Ini tindakan populis untuk menormalisasikan dan mempromosi ideologi DAP yang memperjuangkan ideologi sekular di Malaysia.

“BERJASA berpendapat lebih ramai tokoh politik setempat yang membangunkan Negeri Sembilan lebih layak pejuang terdahulu juga sangat ramai yang lebih layak diingati dan dijadikan contoh ikutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, BERJASA menyeru Kerajaan Negeri Sembilan menilai semula keputusan ini dan

mengambil kira pendapat dan sensitiviti masyarakat setempat sebelum perlaksanaan keputusan ini.



Semalam, kerajaan Negeri Sembilan dilaporkan bersetuju menukar nama dua jalan utama di bandar ini kepada nama dua tokoh, masing-masing dalam hal ehwal agama dan politik, iaitu Allahyarham Datuk Sheik Mohd Murtadza Ahmad dan mendiang Dr Chen Man Hin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, Jalan Sikamat ditukar menjadi Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti NegeriE Sembilan manakala Jalan Temiang ditukar menjadi Jalan Dr Chen Man Hin, pengasas yang kemudian pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.

“Mendiang Dr Chen Man Hin adalah tokoh politik terkenal, manakala Allahyarham Sheikh Mohd Murtadza adalah bekas Mufti Negeri Sembilan. Mesyuarat EXCO bersetuju menukar nama kedua-dua jalan itu kepada nama tokoh berkenaan,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker