Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus

Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus

Gara-gara Ligamen Krusiat Anterior (ACL) lutut kiri terputus, pelakon Hairul Azreen terpaksa mengambil keputusan tidak meneruskan penggambaran filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Hairul menerusi hantaran dalam Instagram (IG) berkongsi, dia memohon maaf kepada seluruh pasukan produksi filem atas keputusan yang terpaksa diambil.



“Dukacita dimaklumkan saya tak dapat teruskan penggambaran filem The Original Gangster disebabkan ACL lutut kiri saya putus.

“Minta maaf kawan-kawan dan pasukan produksi. Sudah sampai masa untuk saya rehat,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, pelakon filem aksi Paskal itu turut memuat naik video dan gambar yang memaparkannya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital termasuk melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis turut mendoakan kesembuhan buatnya.



Selain Hairul, filem The Original Gangster terbitan Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures serta mendapat sokongan Media Prima Berhad sebagai rakan media itu turut dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan. BH

Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker