Pub berusia 5,000 tahun ditemui di Iraq

Pub berusia 5,000 tahun ditemui di Iraq

LAGASH: Ahli arkeologi di selatan Iraq telah menemui sisa premis pub dipercayai wujud sekitar 5,000 tahun yang lalu.

Penemuan di tapak runtuhan kerajaan Lagash purba yang diketahui sebagai salah satu pusat bandar pertama tamadun Sumeria itu dilaksanakan oleh pasukan Amerika Syarikat (AS)-Itali.



Pasukan gabungan Universiti Pennsylvania dan Universiti Pisa itu menemui sisa sistem penyejukan primitif, ketuhar besar, bangku untuk makan malam dan sekitar 150 mangkuk hidangan.

Tulang ikan dan haiwan turut ditemui di dalam mangkuk, bersama bukti minuman bir.

“Apa yang kami faham, ia adalah tempat di mana orang boleh datang untuk makan.

“Kami memanggilnya pub kerana bir adalah minuman yang paling biasa (dijumpai), malah lebih daripada air biasa, untuk orang Sumeria”, kata pengarah projek, Holly Pittman kepada AFP.



Jelasnya, di salah satu kuil yang digali di kawasan itu, terdapat resipi bir yang ditemui.

Kawasan Lagash terletak berhampiran dengan pertemuan sungai Tigris dan Euphrates.

Ia digelar sebagai ‘taman dewa’ oleh orang zaman dahulu kerana kesuburannya dan membawa kepada perkembangan bandar Sumeria sejak awal zaman dinasti.

“Lagash adalah salah satu bandar penting di selatan Iraq.



“Penduduknya bergantung kepada pertanian, penternakan, perikanan, malah turut terbabit dalam pertukaran barangan,” kata ahli arkeologi Iraq, Baker Azab Wali kepada AFP. BH

Pub berusia 5,000 tahun ditemui di Iraq

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker