Ringgit, Bursa terus goyah

Ringgit, Bursa terus goyah

Ringgit dibuka rendah sekali lagi hari ini berikutan permintaan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh susulan data jualan runcit AS yang meningkat lagi pada Januari, mengatasi jangkaan pasaran, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.4170/4205 berbanding dolar AS daripada 4.3900/3945 pada Rabu.



Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata bacaan jualan runcit AS yang berdaya tahan yang meningkat 3.0 peratus pada Januari 2023 daripada -1.1 peratus pada Disember 2022 menunjukkan bahawa walaupun inflasi sederhana, pengguna masih berbelanja.

“Walaupun inflasi asas kekal tinggi dalam persekitaran pasaran tenaga kerja yang terhad, bukti bahawa permintaan pengguna AS yang kukuh dijangka mendorong harga meningkat dan terus menjadi kebimbangan.

Dalam negara, ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3044/3073 daripada 3.2926/2962 pada Rabu dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2926/2954 daripada 3.2909/2947 semalam.



Ringgit susut berbanding euro kepada 4.7209/7246 daripada 4.7083/7131 sebelum ini, bagaimanapun, meningkat berbanding pound kepada 5.3079/3121 daripada 5.3093/3147 semalam.

BURSA MALAYSIA

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati berdasarkan data runcit Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, yang mungkin menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.05 mata kepada 1,48714 daripada 1,488.19 pada Rabu.



Indeks utama dibuka rendah 0.35 mata kepada 1,487.84.

Suasana pasaran, bagaimanapun, positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 177 berbanding 158 manakala 258 kaunter tidak berubah, 1,620 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, pasaran saham AS ditutup tinggi berikutan Indeks Dow Jones meningkat 0.1 peratus, didorong oleh data jualan runcit yang kukuh yang berkembang 6.4 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023.

“Walaupun Wall Street mencatatkan tinggi semalaman, kami percaya sentimen global boleh terus goyah berdasarkan data runcit yang kukuh, yang mungkin menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah oleh Fed pada masa depan.



“Bagaimanapun, dalam negara, pelabur dijangka positif sebelum musim pelaporan pendapatan dan pembentangan semula Belanjawan 2023 minggu depan,” katanya.

Dari aspek komoditi, firma itu berkata harga minyak mentah Brent kekal melebihi AS$85 setong manakala harga minyak sawit mentah berlegar melebihi RM3,900 satu tan.

Mengenai sektor, teknologi dijangka menjadi tumpuan apabila Nasdaq melepasi paras 12,000 semalaman.

“Selain itu, perbankan, telekomunikasi, REIT dan saham pengguna terpilih dijangka menjadi tumpuan dengan belian berterusan daripada dana asing,” katanya.



Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan 2.0 sen kepada RM8.78, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing berkurangan 1.0 sen kepada RM4.17 dan RM8.21. CIMB dan Tenaga Nasional, masing-masing tidak berubah pada RM5.43 dan RM9.95.

Bagi saham aktif, MYEG merosot 1.5 sen kepada 68 sen, Iris berkurangan setengah sen kepada 11.5 sen. Hong Seng menambah setengah sen kepada 22 sen, Perdana Petroleum meningkat 1.0 sen kepada 19.5 sen manakala CSH Alliance tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 7.89 mata kepada 10,818.74, Indeks FBMT 100 berkurangan 8.44 mata kepada 10,485.04, Indeks FBM Emas Shariah susut 6.18 mata kepada 11,167.19 dan Indeks FBM 70 merosot 15.57 mata kepada 13,633.72. Indeks FBM ACE naik 9.12 mata kepada 5,719.96.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 5.70 mata kepada 6,908.60 dan Indeks Tenaga menambah 0.53 mata kepada 893.17. Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.44 mata kepada 190.27 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 23.14 mata kepada 16,137.91.



Ringgit, Bursa terus goyah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker