Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama

Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama

Muhyiddin Yassin didakwa lupa bahawa beliau yang cuba bertahan lama sehingga minta darurat dan gantung Parlimen semasa pentadbirannya.

Malah, dakwa Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi, Muhyiddin pernah cuba untuk menyambung darurat tetapi ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.



Mengulas kenyataan Muhyiddin di Parlimen semalam, Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa, Ahli Parlimen Pagoh itu ingat beliau perdana menteri paling popular.

”Dijaja ke sana ke mari. Akhirnya boleh bertahan 17 bulan sahaja. Sempat buat banyak kerosakan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam sesi perbahasan semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, rakyat akan bertindak balas terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya aktiviti mencipta pelbagai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak dihentikan segera.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meramalkan perkara itu akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sekali gus menyaksikan PN merampas enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.



Muhhyiddin turut mendakwa pentadbiran kerajaan hari ini nampak berniat jahat dengan membuat tuduhan yang tidak berlaku kononnya berlaku pelbagai penyelewengan semasa beliau menjadi perdana menteri.

”Saya perhatikan kepimpinan kerajaan hari ini cenderung untuk mengambil tindakan-tindakan berbentuk, dengan izin, witch-hunting atau mencari kesalahan kerajaan dahulu yang sebenarnya tidak wujud,” katanya lagi.

“Hanya ini yang saya cakap, ini tidak adil. Kamu fikir boleh bertahan selama-lamanya?” soalnya.

Mohd Puad menyifatkan kenyataan Muhyiddin memang keras.



“Nada orang marah dan beremosi. Muhyiddin tunjuk berani walaupun bimbang dirinya mungkin didakwa,” ujar beliau. MG

Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker