Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata

Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata

Selepas agak lama menyimpan rahsia, pelakon Emma Maembong akhirnya berkongsi berita gembira dengan mendedahkan dirinya kini hamil anak kedua.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Emma berkongsi momen ketika memaklumkan berita itu bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar sewaktu kandungannya baru mencecah usia dua minggu.

Dalam video tersebut, Emma melakukan ‘prank’ dengan meminta suaminya membuat ulasan sebuah produk sebelum Shazli menemui alat penguji kehamilan yang disorok di dalam kotak.

“Betul ke sayang? Sumpah?” soal suaminya.

Melihat keadaan suaminya yang terkejut sehingga menitiskan air mata, Emma memujuk Shazli sambil memberitahu dirinya kini hamil dua minggu.

“Dua minggu dah. I love you (saya sayang awak),” ujar Emma.

Bagaimanapun usaha untuk mengetahui usia kandungan Emma tidak diketahui selepas pengurusnya tidak membalas mesej yang dikirimkan.

Dalam video yang sama, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail juga memberi kejutan kepada keluarga serta teman rapat tentang berita kehamilannya.

“Seriuslah? Aku dapat anak buah lagi,” kata adiknya yang juga pelakon Chacha Maembong.

“Alhamdulillah tahniah,” ucap kakaknya, Shikin Maembong teruja.

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu hamil anak kedua, namun empunya badan tidak mengiyakan atau menidakkan khabar angin tersebut.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga bersama Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Shariq Gabriel yang kini berusia tiga tahun. K Online

Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker