Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo – Timbalan Speaker

Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo – Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor berkongsi rasa terkejut apabila masyarakat ketika ini memberikan persepsi Dewan Rakyat sebagai tempat ‘berbalah’ dan bukannya untuk menyelesaikan isu rakyat.

Justeru beliau berharap Ahli Parlimen agar sentiasa beradab bagi memastikan masyarakat tidak terus melabel Dewan Rakyat sebagai ‘zoo’.

“Selain pada itu saya ingin ingatkan adab dalam dewan. Semalam, saya pergi ke kedai mamak dan mereka mengenali saya.

“(Mereka bertanya), YB macam mana zoo? Saya terkejut (dan) inilah implikasi masyarakat di luar sana. Jadi, saya berharap (semua ahli Parlimen) berpeganglah kepada etika,” katanya di Dewan Rakyat di di sini hari ini.

Pada masa sama, Ramli turut menegur sikap segelintir Ahli Parlimen yang gemar menganjurkan ‘mesyuarat kecil’ ketika Ahli Parlimen sedang berbahas atau menteri sedang menjawab soalan.

“Saya berharap tidak ada perjalanan mesyuarat kecil di dewan. Sementara seorang Yang Berhormat bercakap ada pula mesyuarat kecil di sebelah kanan dan sebelah kiri.

“Sila beri perhatian dan saya harap semua Yang Berhormat ambil maklum,” katanya. MG

Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo – Timbalan Speaker

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker