Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan

Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan

Isteri kepada aktor Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan rumah tangganya diganggu pihak ketiga sekali gus memberi bayangan suaminya bermain kayu tiga.

Nurul Shuhada mengejutkan ramai apabila berkongsi mengenai perkara tersebut dalam beberapa hantaran InstaStory semalam yang memberitahu rumah tangganya diganggu seorang wanita sehingga memberi kesan emosi terhadap dua anaknya, Humairah dan Umar.

Menerusi luahan tersebut, dia berkata wanita itu telah merampas kebahagiaannya dan anak-anak selepas menjalin hubungan dengan Hafidz.

“Terima kasih sebab sakitkan saya dengan anak-anak yang tidak berdosa dan menjadi perempuan yang mengambil abah kepada mereka.

“Terima kasih sebab runtuhkan rumah tangga saya dan sanggup melihat wanita lain menderita hanya kerana ingin dapatkan hak untuk cinta seterusnya bahagia atas penderitaan kami,” katanya.

Tambah Nurul Shuhada, dia juga mencabar mana-mana pihak untuk mendedahkan individu yang dianggap tidak malu melakukan perbuatan tersebut.

“Siapa hebat, cubalah cari siapa dia. Perempuan tidak tahu malu.

“Kalau nak jatuhkan awak, sekejap sahaja sudah viral tetapi saya tidak lakukan dan hanya tunggu balasan daripada Allah SWT.

“Bukan aku sahaja menderita tetapi Humairah dan Umar lebih dahsyat melalui semua ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nurul Shuhada turut melabel wanita yang merampas suaminya itu lebih teruk daripada Ira Kazar iaitu isteri kedua pengarah, Syamsul Yusof.

“Ini bukan seperti Ira malah lebih hebat. Hati-hati wanita di luar sana, jangan jadi isteri bodoh seperti saya yang bersangka baik.

“Sekarang memang saya salah sebab saya bodoh, sekarang makanlah bersangka baik itu,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, setakat ini, Hafidz tidak memberi sebarang respons terhadap dakwaan isterinya bahkan cubaan Kosmo! Online menghubunginya tidak berjaya.

Biarpun mendiamkan diri, namun netizen menjadikan Instagram pelakon itu sebagai sasaran dengan meninggalkan komen atas tindakannya menduakan isteri.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kecurangan Hafidz pernah menjadi bualan ramai namun disangkal aktor drama Wanita Milik Tuan Putra itu dan menegaskan dakwaan tersebut hanya rekaan individu yang hendak menjatuhkan reputasinya.

Untuk rekod pasangan berkenaan bergelar suami isteri pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. K Online

Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker