Meerqeen dah ‘level’ lain

Meerqeen dah ‘level’ lain

Walaupun masih baru sebagai selebriti, pelakon popular, Meerqeen, 22, kini ‘mengorak langkah’ menggunakan khidmat pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ apabila bekerja atau keluar bagi mengawalnya daripada terpalit sebarang kejadian yang boleh mencalar imejnya.

Jurucakap pengurusannya berkata, ia bukan permintaan peribadi Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam tetapi 100 peratus adalah keputusan mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami bertindak mengupah dua ‘bodyguard’ untuk menjaganya setiap kali berada di khalayak ramai sekarang. Ia bagi memantau tiada kejadian tidak diingini berlaku selain keselamatannya.

“Kami mengambil iktibar daripada pengalaman terdahulu yang memberi kesan kepada namanya. Supaya tidak berulang, pendekatan itu yang terbaik boleh kami lakukan.

“Awalnya, Meerqeen pun tak tahu kami upah pengawal peribadi untuknya. Alhamdulillah, setakat ini, kehadiran mereka sangat membantu dan tegas dalam melindungi Meerqeen di khalayak,” katanya.

Menurut jurucakap itu, mereka bersyukur apabila peminat atau mana-mana pihak lain cukup memahami situasi terbabit.

“Setiap kali hadir mana-mana acara, peminat sangat menghormati sebarang permintaan daripada pengawal peribadinya. Contohnya apabila mengambil gambar atau mendekatinya tanpa kebenaran.

“Bukannya berlagak tapi kami tidak ingin terlepas pandang jika ada perbuatan yang diingini terjadi kepadanya. Kami sebaiknya ingin menjaga rapi reputasi Meerqeen apatah lagi dia masih muda,” katanya.

Tahun lalu, Meerqeen terpalit kontroversi selepas insiden mencium pelawak terkenal Indonesia, Kiky Saputri ketika menghadiri sebuah program hiburan di sana.

Meerqeen berkata, dia mahu melupakan episod panas itu dan terus mengorak dengan lebih cemerlang serta mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya. HM

Meerqeen dah ‘level’ lain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker