Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?
Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?
Identiti ‘penyondol’ yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi, 29, terbongkar menerusi satu hantaran yang kini tular di media sosial.
Hantaran yang tular itu memaparkan tangkap layar Hafidz berbalas mesej dengan wanita dikenali Athira Yuhada itu menerusi WhatsApp.
Ia turut memaparkan gambar wanita terbabit yang didakwa ‘penyondol’ atau pengacau rumah tangga orang itu.
Apa yang menarik perhatian ialah komen-komen yang ditinggalkan netizen kebanyakannya mempersoalkan cita rasa pelakon itu terhadap wanita sehingga sanggup curang terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
“Ingatkan curang dengan taraf-taraf Kendall Jenner ke.
“Lah muka sebegini dia nak. Kalau ya nak curang, carilah yang lagi lawa dari bini. Ini aku rasa bini dia lagi lawa.
“Bila aku tengok muka perampas-perampas ini, tiba-tiba rasa ‘confident’ (yakin) dengan rupa aku,” itu antara komen netizen.
Semalam, Hafidz memuat naik hantaran di Instagram memaparkan gambarnya sedang mencangkung dan menunjukkan jari ke lantai.
“Tengah komen ke, kat bawah tu?” tulisnya seolah-olah menyindir netizen di ruangan komen hantarannya itu.
Ia susulan hantaran isterinya, Nurul Shuhada yang meluahkan isi hati kepada individu yang hanya dilabel sebagai ‘You’ yang didakwa pengacau rumah tangganya.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Hafidz bagi mendapatkan komennya berhubung perkara ini tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp. HM
Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?
Baca Artikel Menarik:
- Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo
- Tukar nama Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, apa jasa pada negeri?
- Mati selepas selamatkan penalti
- Unit Petronas di Luxembourg dirampas lagi
- Ringgit, Bursa terus goyah
- Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama
- Personaliti TV rebut jawatan exco Wanita Umno
- Lelaki pijak, lompat atas kereta McLaren ditahan
- Isteri mengandungi saman suami sebar HIV selepas curang
- Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata
- Jangan meroyan Anju, banyak beribadat – Datuk Khazrul
- Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus
- Pathaan pecah panggung, memang puas hati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga