Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian

Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian

Perusahaan telekung (pakaian solat wanita Muslim) tempatan, Siti Khadijah (SK) menjangkakan jualannya meningkat antara lima dan lapan peratus tahun ini melalui kerjasama eksklusifnya dengan platform ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL) tempatan, Moby Islamic.

Kerjasama itu yang dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) hari ini, akan membawa BNPL patuh syariah sepenuhnya pertama di Malaysia itu ke kedai dalam talian dan cawangan fizikal SK di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SK, Mohammad Munzir Aminuddin, berkata syarikat pakaian solat itu berharap dapat menjadikan SK unik dengan kemudahan yang tiada tandingan dan fleksibiliti kewangan.

“Walaupun terus mengembangkan jenama, kami tetap komited terhadap matlamat kami sejak hari pertama, membolehkan wanita Islam lebih mudah membeli pakaian menutup aurat yang berkualiti tanpa membebankan wang,” kata Munzir kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU yang diadakan di sini.

Mengulas lanjut, Munzir berkata bekerjasama dengan Moby Islamic adalah langkah semulajadi ke hadapan bagi SK dalam perjalanannya daripada perniagaan kecil kepada jenama yang dikenali serantau, mempunyai kedai dalam talian dan 45 kedai butik di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Moby Islamic, Rian Philip, berkata pelanggan SK kini boleh menikmati pelan ansuran bulanan sehingga enam bulan untuk pembelian dalam talian mereka.

“Sebagai platform yang patuh syariah sepenuhnya, ansuran pembayaran fleksibel Moby Islamic adalah sepenuhnya tanpa faedah dan berdasarkan konsep Qard.

“Tidak lama lagi, pelanggan juga akan dapat menikmati kemudahan ini untuk pembelian fizikal dalam kedai juga,” katanya.

SK meneruskan pemberian diskaun eksklusif kepada pengguna Moby baharu, termasuk potongan RM50 dengan pembelian minimum RM500 dan diskaun RM25 dengan pembelian minimum RM250.

Kedua-dua tawaran terhad kepada 250 pengguna pertama untuk menebus diskaun dan akan tersedia untuk pengguna Moby baharu yang didaftarkan mulai hari ini dan seterusnya. BH

Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker