Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau bukan individu yang patut dipersalahkan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ketujuh sehingga berlaku kemelut politik dalam negara.

Bekas Pengerusi BERSATU itu berkata, ketika krisis politik pada 2020, beliau meminta parti berkenaan menangguhkan keputusan untuk keluar Pakatan Harapan (PH), namun tidak diendahkan yang menyebabkan kerajaan PH ketika itu tumbang.

Dr Mahathir menjelaskan demikian susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada 13 Februari lalu.

Dalam titah baginda, Seri Paduka yakin jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri Ketujuh tidak berlaku, nescaya rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 dapat dielakkan.

“Saya tak faham kenapa orang salahkan saya letak jawatan kerana yang patut disalahkan ialah orang yang tidak sokong pendirian saya ketika itu. Saya letak jawatan kerana parti (BERSATU) tolak saya dan biasanya dalam demokrasi, apabila kita ditolak parti sendiri, maka kita akan letak jawatan.

“Malah, ketika itu juga saya juga sedar bahawa kerajaan PH akan jatuh kerana lompatan daripada pemimpin BERSATU dan beberapa Ahli Parlimen PKR. Apabila PH jatuh, saya nak jadi Perdana Menteri pun tak boleh kerana parti saya tidak lagi menjadi kerajaan,” kata Dr Mahathir.

Menjelaskan demikian pada sidang media bersama pimpinan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), di sini hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau juga tidak boleh menyerahkan tampuk kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu kerana mengikut proses biasa, ia perlu diserahkan kepada Parlimen.

“Namun Parlimen tidak bersidang pada masa itu,” katanya.

Pada 23 Februari 2020 lalu, BERSATU mengumumkan keluar PH menerusi kenyataan Presidennnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan keputusan dicapai Majlis Pimpinan Tertinggi parti berkenaan dalam mesyuarat khas yang diadakan malam sebelumnya.

Ia membuatkan Mahathir meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Ketujuh pada keesokannya.

Ditanya dakwaan ada pihak meragui UMNO untuk membela orang Melayu selepas menyertai Kerajaan Perpaduan, Dr Mahathir yang mengulangi pendiriannya bahawa UMNO tidak layak menjadi kerajaan, juga hairan parti itu masih diberi kepercayaan walaupun pemimpinnya berdepan 47 pertuduhan rasuah.

Dalam perkembangan lain, bekas Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan bahawa kerajaan sedia ada akan mengubah persempadanan pilihan raya, yang didakwanya akan mengancam kedudukan orang Melayu.

“Sekarang ini saya diberitahu, mereka berjaya kumpul sehingga dua pertiga majoriti (di Dewan Rakyat). Saya khuatir dengan majoriti ini, mereka akan tukar kawasan pilihan raya, menjadikan orang Melayu terpencil,” katanya. BH

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker