Bekas ‘orang kuat’ Ismail Sabri dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Dato’ Armand Azha Abu Hanifah mengesahkan Lembaga Disiplin Umno memanggil dirinya pada 23 Feb ini.

Bagaimanapun, Armand tidak menjelaskan alasan kenapa dia dirujuk ke hadapan Lembaga Disiplin Umno.



“Insya-Allah pada 23hb (Feb) ini,” katanya munurut laporan MK

Armand yang juga ketua Umno bahagian Subang merupakan calon untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno yang ditinggalkan penyandangnya Asyraf Wajdi Dusuki.

Untuk rekod, Armand merupakan orang kuat kepada naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob ketika menjadi perdana menteri dan dilihat tidak sehaluan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Umno menggantung keahlian selama enam tahun terhadap Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan naib ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan Sufian.



Umno turut memecat bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin serta bekas pengerusi Umno Selangor, Noh Omar.

Sementara itu, sumber dalaman Umno mengesahkan yang Armand akan mengadap Lembaga Disiplin Umno.

Sumber memaklumkan bahawa Armand dikaitkan dengan kesalahan melanggar tatatetika kempen bagi pemilihan parti yang akan berlangsung Mac depan.

“Pada mesyuarat MKT Umno yang berlangsung minggu lalu Armand telah diberikan surat tunjuk sebab oleh parti.



“Bahkan isu berkenaan tidak dibincangkan dalam mesyuarat MKT,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker