Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi

Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi

“Terima kasih Athira atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka dan meletakkan kesalahan pada orang lain.”

Demikian respons isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri apabila menangkis kenyataan dikeluarkan seorang wanita yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangganya dikenali sebagai Athira Yuhada.



Kata Shuhada, suaminya dan Athira berhubung kali terakhir pada beberapa minggu lalu berdasarkan bukti kukuh sekali gus bercanggah dengan penjelasan ditulis Athira semalam dalam Instagram miliknya.

“Ada beberapa perkara yang perlu saya kemukakan kerana disalah tafsir. Kamu berdua berhubung sesama sendiri hingga 25 Januari 2023.

“Kenyataan ini mengikut semua bukti yang saya saksikan sendiri. Saya mempunyai hak memaparkan kepada orang ramai untuk melindungi keluarga saya.

“Namun, saya menyerahkan segala-galanya kepada peguam yang boleh mengendalikan perkara ini dengan cara betul dan lebih beradab,” katanya dalam satu hantaran Instagram.



Shuhada turut menegur Athira supaya tidak menyalahkan Hafidz seorang jika sebenarnya wanita itu turut melayan suaminya kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

“Suka saya menasihatkan agar tidak menyalahkan pihak Hafidz sahaja sejak awak tahu tindakannya tidak benar.

“Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi dan awak tahu betapa pantasnya perhubungan kalian berlaku.

“Katanya berjumpa pada waktu sekian-sekian tetapi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sembilan tahun kena mengurat. Wah! hebatnya kamu untuk dikejari,” ujarnya.



Meskipun perbuatan Athira sangat menyakitkan hati, sebagai seorang manusia, Shuhada akur untuk memaafkan kesalahan wanita itu tetapi tidak akan melupakan perbuatannya.

“Perkara yang awak lakukan bukan mudah untuk dimaafkan tetapi Allah menyuruh untuk menjadi manusia pemaaf walau seberat mana kesalahan.

“Saya mungkin akan memaafkan awak tetapi tidak pernah melupakannya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata berkenaan turut mempersoalkan jika Athira tidak ada rasa bersalah menjadi pemusnah kebahagiaan keluarganya selain menyerahkan segalanya kepada Allah.



“Awak sendiri cakap simpati dengan kesihatan mental Hafidz? Namun tiada rasa empati kepada golongan wanita yang dikhianati dan anak-anak yang tidak berdosa.

“Takkan tidak ada rasa bersalah sebagai perempuan yang melakukan perkara tersebut selama bertahun-tahun.

“Saya tidak mahu panjangkan isu dan memerlukan masa untuk memujuk anak-anak serta keluarga. Sekali lagi saya berterima kasih atas segalanya yang dilakukan kepada saya dan anak-anak. Semoga Allah mengadili sebaiknya,” luahnya.

Semalam, Athira tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas namanya disebut sebagai orang ketiga yang mengganggu rumah tangga Hafidz dan Shuhada.



Minggu lalu, Shuhada memberi bayangan rumah tangganya diganggu pihak ketiga apabila wanita itu didakwa berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan keluarganya kacau-bilau.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang berusia dua tahun. K Online

Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker