Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid

Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid

Kerajaan mahu melahirkan 125,000 huffaz atau penghafal al-Quran profesional di seluruh negara menjelang tahun 2050, kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk itu beliau memberi tempoh selama dua minggu kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini untuk mempersiapakan modul dan pedagogi pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar dan tenaga pelajar.

Menurutnya, UPSI juga telah mengambil langkah ke hadapan bersama Gabungan Persatuan Institut Tahfiz al- Quran Kebangsaan (PINTA) dalam menyediakan modul pengajian untuk huffaz bagi perlaksanaan program jangka pendek peringkat sijil, diploma dan ijazah.

“Pada masa yang sama ,UPSI juga berhasrat mewujudkan sebuah institusi pengajian dan pendidikan Islam secara khusus kepada huffaz di negara seluruh bagi merealisasikan hasrat kerajaan.

“Terdapat kira-kira 280,000 huffaz di maahad tahfiz di seluruh negara dan kebanyakan mereka ini berada di bawah garis kemiskinan.

“Terdapat persepsi kerja-kerja ibadah ini harus percuma tetapi mereka perlu hidup dan dalam hal ini kerajaan melihat mereka ini selain menjadi imam di masjid-masjid dan mungkin surau, kita mahu mempertingkatkan martabat huffaz ini supaya mereka juga mempunyai kelulusan akademik.

“Ertinya mereka bukan hanya menjadi ahli-ahli profesional seperti jurutera, peguam, doktor, akauntan dan sebagainya tetapi pada waktu yang sama mereka juga terus boleh menjadi imam masjid dan mengetuai institusi ataupun badan-badan korporat,” katanya dalam sidang akhbar semasa lawatan kerja ke UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah, Naib Cancelor UPSI, Datuk Dr. Md Amin Md Taff dan Presiden PINTA, Mohd Zahid Mahmood.

Ahmad Zahid berkata, modul dan juga sistem pedagogi serta pengajaran dan pembelajaran itu nanti juga bagi pelaksanaan khususnya untuk pengambilan anak-anak ke tabika dan tadika Kemas mulai pengambilan yang akan datang.

Beliau berkata, pengambilan pelajar-pelajar yang memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang akan mengikuti kursus Pendidikan Latihan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET ) di seluruh negara khususnya, 280 TVET yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga akan diberikan suntikan kerohanian melalui modul yang telah disediakan oleh UPSI dan juga oleh PINTAR.

“Modul terbabit juga bakal digunakan untuk melatih guru-guru termasuk pemaju masyarakat di tadika dan tabika Kemas, MRSM, serta pelajar institusi TVET di bawah KKDW,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, langkah itu merupakan satu program jangka panjang namun ia perlu dimulakan dengan program jangka pendek iaitu di peringkat persijilan, diploma dan juga ijazah.

Menurutnya, UPSI tentunya juga akan merangka supaya kursus-kursus atau pengajian lanjutan di peringkat sarjana dan doktor falsafah juga dipersiapkan bagi melahirkan huffaz terbabit.

“Kerajaan sentiasa mendukung semua perancangan itu dan PINTAR sebagai sebuah NGO sudah tentunya juga telah melakukan beberapa tindakan proaktif ke arah merealisasikan hasrat kerajaan,” katanya. Utusan

Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker