Rumah PM dimasuki ular tedung hitam

Anwar sempat beramah mesra dengan anggota APM sebelum bertolak balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Langat, malam tadi

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan detik cemas apabila rumahnya dimasuki seekor ular tedung hitam, di Bandar Sungai Long, malam ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Langat berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.33 malam dan seramai empat anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri.

Ular tedung hitam yang ditemui di pekarangan rumah Anwar – IHSAN APM HULU LANGAT

“Anggota APM telah berjaya menangkap ular tedung hitam tersebut menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.



Tambahnya, setelah memastikan tiada lagi bahaya di lokasi, anggota APM mula mengemas peralatan.

Anwar dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga sempat beramah mesra dengan anggota APM sebelum bertolak balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Langat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri



Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker