Adam Radlan mengaku tak salah terima rasuah RM4.1 juta

Adam Radlan mengaku tak salah terima rasuah RM4.1 juta

Ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan menerima rasuah RM4.1 juta berhubung program Jana Wibawa.

Adam yang juga timbalan ketua Bersatu Segambut membuat pengakuan itu bagi kedua-dua tuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Bagi tuduhan pertama, Adam didakwa menerima rasuah sebanyak RM2 juta melalui akaun Syarikat Bayu Bumiraya yang mana beliau merupakan pengarah syarikat.

Adam didakwa menerima rasuah daripada Lian Tan Chuan sebagai upah membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Selangor daripada kerajaan bernilai RM141 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 4 April 2022 dan 5 Jan 2023 di Cawangan CIMB Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Bagi tuduhan kedua, Adam didakwa menerima rasuah sebanyak RM2.1 juta, juga melalui akaun Syarikat Bayu Bumiraya, daripada Pengarah Urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd Mat Jusoh Mamat sebagai upah mendapatkan projek pembinaan jalan di Perlis, melibatkan kos RM47.8 juta.

Kesalahan didakwa dilakukan antara 26 Nov 2021 dan 2 Dis 2022 di Cawangan CIMB Jalan Universiti, Petaling Jaya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Adam Radlan mengaku tak salah terima rasuah RM4.1 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker