Kenali program Jana Wibawa

Kenali program Jana Wibawa

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad semalam didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah.

Pertuduhan itu membawa perhatian kepada program kerajaan sebelum ini yang dikenali sebagai Jana Wibawa.



Panduankini kali ini menyorot sekilas pandang mengenai porgram tersebut.

Apa itu Jana Wibawa?

Jana Wibawa, atau Program Penjanaan Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera diperkenalkan pada November 2020 semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Dalam jawapan di parlimen pada 16 Dis 2021, menteri kewangan ketika itu Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan dua tujuan untuk program Jana Wibawa.



Pertama untuk mempercepatkan penyampaian projek kerajaan bagi membantu merangsang pemulihan ekonomi Malaysia selepas Covid-19.

Kedua bagi membantu meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing.

Projek di bawah Jana Wibawa dianugerahkan sama ada melalui tender prakelayakan secara rundingan terus atau tender prakelayakan.

Menerusi tender prakelayakan hanya kontraktor yang lulus proses prakelayakan dijemput untuk mengemukakan bidaan mereka terhadap sesuatu projek.



Dengan adanya rundingan terus, tiada proses tender sama sekali. Projek diberikan kepada kontraktor selepas rundingan dengan kerajaan.

Namun begitu, Zafrul memberi jaminan pada masa itu bahawa ia mematuhi Pekeliling Perbendaharaan.

Bagaimana prosesnya?

Menurut Zafrul dalam jawapan bertulis yang sama, Jawatankuasa Penilaian Khusus diwujudkan di peringkat Kementerian Kewangan untuk membuat saringan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan ke atas kontraktor.



Dia berkata ahli Jawatankuasa tersebut terdiri daripada wakil Jabatan Teknikal iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga wakil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Semua kontraktor akan dinilai dan diteliti secara menyeluruh daripada pelbagai aspek bagi memastikan pemilihan kontraktor yang berwibawa untuk melaksanakan projek tersebut dan tetap melindungi kepentingan Kerajaan serta tidak menjejaskan kerancakan perkembangan ekonomi.

“Kerajaan juga melaksanakan due diligence yang sewajarnya bagi memastikan hanya kontraktor yang benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh dipertimbangkan,” kata Zafrul kepada Parlimen pada masa itu.

Selain itu, pelaksanaan projek Jana Wibawa mesti mematuhi Pekeliling Perbendaharaan, garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus dan terma rujukan khusus Jana Wibawa.



Garis panduan Perbendaharaan menetapkan syarat di mana kontrak yang dirundingkan secara langsung boleh dipertimbangkan dan dokumen itu tersedia kepada umum.

Bagaimanapun, hanya sedikit yang diketahui umum mengenai terma rujukan Jana Wibawa.

Berapa banyak wang yang terlibat?

Dalam jawapan bertulis di parlimen pada 20 Feb, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata surat penerimaan telah dikeluarkan untuk 56 projek bernilai RM6.3 bilion.



Azalina berkata SPRM sedang menyiasat kes di mana surat yang “melibatkan ahli keluarga pemimpin utama dalam parti politik tertentu”. Bagaimanapun, dia berkata SPRM masih belum memastikan nilai projek yang terlibat.

Apa yang telah berlaku?

Sumber SPRM memberitahu Malaysiakini awal bulan ini bahawa Bersatu menerima sumbangan dipercayai lebih RM300 juta daripada kira-kira 10 kontraktor yang dianugerahkan pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Agensi itu membekukan akaun bank Bersatu pada pertengahan Januari bagi membantu siasatan berhubung perkara ini.

Semalam, SPRM mengenakan pertuduhan pertamanya berhubung Jana Wibawa.

Wan Saiful didakwa meminta rasuah untuk membantu Napturi Sdn Bhd mendapatkan projek jalan raya bernilai RM232 juta melalui prakelayakan, dan menerima RM6.96 juta sebagai dorongan untuk membantu syarikat yang sama mendapatkan surat anugerah bagi projek itu.

Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad didakwa meminta rasuah antara 3.5 peratus dan 7 peratus daripada nilai projek, sebagai pertukaran untuk mendapatkan bantuan mendapatkan surat anugerah bagi projek di bawah program Jana Wibawa.

Adam Radlan juga didakwa menerima RM500,000 sebagai dorongan untuk membantu syarikat sama mendapatkan surat anugerah bagi projek jalan raya di Perlis bernilai RM47.8 juta.

Bersatu dan pemimpinnya mempertahankan mereka tidak bersalah, manakala Wan Saiful dan Adam Radlan telah dibicarakan.

Dua lagi ahli perniagaan dijangka didakwa di mahkamah hari ini.

Apa jadi dengan projek Jana Wibawa sekarang?

Pada 15 Feb, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pemberita di bangunan Parlimen bahawa projek Jana Wibawa telah dihentikan buat sementara waktu.

Ini bagi menunggu semakan untuk menentukan sama ada projek itu mengikut prosedur Jabatan Perbendaharaan.

Bagaimanapun, Zahid memberi jaminan tindakan tersbeut tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek berkenaan. Ia khususnya, kerja-kerja berkaitan banjir seperti pembaikan infrastruktur yang rosak akibat banjir akan diberi keutamaan.

Di samping itu, Sabah dan Sarawak boleh meluluskan mana-mana projek pembangunan bernilai RM50 juta atau kurang tanpa memerlukan kelulusan persekutuan. Mk

Kenali program Jana Wibawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker