Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib

Wujud konflik kepentingan yang nyata

Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sepatutnya menarik diri daripada panel lima Hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, wujud ‘konflik kepentingan’ susulan suaminya, Datuk Zamani Ibrahim membuat hantaran yang mempunyai sentimen negatif terhadap bekas Presiden UMNO itu di laman sosial Facebook, lima tahun lalu.

Hujah beliau, kritikan negatif yang teruk dibuat oleh Zamani terhadap Najib pada 2018 sebaik keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 diumumkan yang disifatkan seperti satu perayaan di Facebook.

Namun kritikan yang ditulis dalam laman sosial Facebook Zamani telah dipadamkan selepas laporan polis mengenainya dibuat pada Ogos 2022.

”Zamani membuat kenyataan sehingga ke peringkat menyalahkan Najib di atas kejatuhan syarikat 1MDB dan SRC dan kebiasaannya suami dan isteri berkongsi pendapat mereka.

”Kami nyatakan adanya kegagalan korum berlaku dalam permohonan supaya ketua hakim negara menarik diri daripada mendengar rayuan akhir kerana keputusan mahkamah terdahulu diputuskan dengan tidak wajar mengikut seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

”Perlu ambil perhatian bahawa usul itu diputuskan sebulat suara oleh semua lima hakim Mahkamah Persekutuan. Tengku Maimun menulis penghakiman utama dan empat hakim lain bersetuju dengannya.

“Oleh kerana perbincangan dan penyertaan Tengku Maimun dalam usul terhadap dirinya itu secara teknikalnya adalah cacat,” ujarnya.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah demikian dalam prosiding semakan oleh Najib terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dalan ke penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International dalam rayuan akhirnya pada Ogos tahun lalu.

Di hadapan lima panel hakim itu, Muhammad Shafee berhujah, Tengku Maimun telah terlibat dalam pendengaran rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC.

Antara bukti baharu yang hendak dimasukkan oleh Najib termasuklah penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang dikatakan bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek dalam menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Tahun lalu, peguam mewakili Najib, Datuk Hisyam Tek Poh Teik pernah membuat permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada terus mendengar rayuan akhir atas dakwaan beliau mungkin dipengaruhi suaminya.

Namun permohonan itu telah ditolak oleh lima panel hakim termasuk Tengku Maimun sendiri dengan alasan tiada langsung elemen berat sebelah timbul daripada hantaran yang dibuat oleh suami Ketua Hakim itu.

“Ini (hubungan suami isteri) tidak boleh jadi alasan akan pengaruhi pertimbangan seorang hakim. Hantaran itu dibuat suami saya ketika kes ini belum wujud. Mahkamah menolak permohonan ini,” putus Tengku Maimun pada 23 Ogos tahun lepas.

Prosiding semakan akan bersambung esok pagi dengan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram pula akan memulakan hujah beliau.

Najib dalam permohonan semakannya memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas dalam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda kerana penyelewengan dana SRC. MG

Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker