Berita panas rombakan kabinet, Rafizi turut ‘kepanasan’

Rafizi Ramli yang kekal dalam barisan kabinet selepas rombakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meneruskan tugasnya sebagai menteri ekonomi seperti biasa hari ini.

“Berita paling panas hari ini ialah rombakan jemaah menteri.

“Saya pun panas juga seharian, tapi sebab bersama-sama peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat Usahawan Tani (IPR Intan) di Tanjung Rambutan, Perak.

“Ladang pertanian moden ini dibuka berdekatan dengan Hospital Bahagia memanfaatkan tanah kerajaan yang tidak digunakan sebelum ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

IPR sebelum ini diperkenalkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan B40 dan miskin tegar menjana pendapatan mampan bulanan melalui pertanian moden.

“Kami kenal pasti tanah-tanah kerajaan yang tidak digunakan untuk dibuka kepada orang ramai.

“Saya lebih gembira melihatkan bahagianya semua yang terlibat mengusahakan IPR Intan setakat ini – dari penerima, jurulatih pertanian, pegawai-pegawai kerajaan sehinggalah pembeli.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dan Kerajaan Negeri Perak yang banyak membantu membuka jalan kepada kami,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker