Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Proton S50

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

DRB-Hicom Bhd akan terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif di Malaysia apabila isu rantaian bekalan kembali normal, dengan memanfaatkan kepada jualan PROTON, Honda, Isuzu dan Mitsubishi pada 2023.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), Daniel Wong, berkata PROTON dijangka memperkenalkan dua model menarik, manakala Honda akan menampilkan tiga model pada tahun kewangan 2023.

Beliau berkata, volum pengeluaran industri yang sedang meningkat juga memberikan manfaat kepada rantaian bekalan automotif kumpulan.

“Kami menjangkakan PROTON akan mempercepatkan program eksport pada 2023 ke rantau Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara pada 2023,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

DRB-Hicom kembali pulih pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan mencatatkan keuntungan bersih RM187.71 juta berbanding kerugian bersih RM296.42 juta setahun lalu.

Hasil untuk tahun kewangan 2022 meningkat 25.3 peratus kepada RM15.51 bilion daripada RM12.38 bilion sebelumnya.

Tiga sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan hasil positif itu ialah automotif, aeroangkasa dan pertahanan serta sektor perbankan.

Peningkatan dalam permintaan automotif yang didorong oleh ‘cuti cukai jualan’ oleh kerajaan meningkatkan hasil untuk PROTON dan jenama lain di DRB-HICOM membantu melonjakkan hasil lebih daripada 35.2 peratus.

Bagi segmen aeroangkasa dan pertahanan, Wong berkata Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dijangka terus meningkatkan pengeluaran, memanfaatkan permintaan global yang semakin bertambah bagi perjalanan udara apabila negara-negara membuka semula sempadan masing-masing dan memansuhkan sekatan perjalanan.

Beliau berkata, industri perkhidmatan pula menyaksikan Bank Muamalat Malaysia Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi dan persekitaran kadar faedah yang meningkat.

“Bagaimanapun, kemampanan Pos Malaysia Bhd kekal menjadi kebimbangan apabila segmen itu berdepan kemerosotan volum dan persaingan daripada perkhidmatan sumber dalaman,” katanya.

Beliau berkata, HLIB mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM2.24.

“Kami kekal positif terhadap tinjauan DRB-Hicom dengan segmen automotif yang kukuh, terutamanya ke atas pertumbuhan PROTON dalam jangka panjang.

“Kami takin dengan tinjauan PROTON dengan barisan model baharu yang menarik dan sokongan Geely untuk tahun-tahun akan datang,” katanya. BH

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker