Jana Wibawa: Datuk Teo didakwa terima rasuah RM12.8 juta

Jana Wibawa: Datuk Teo didakwa terima rasuah RM12.8 juta

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.8 juta berkaitan projek Jana Wibawa, antara Julai 2021 hingga Oktober 2022.

Bagaimanapun, tertuduh Datuk Teo Wee Cheng, 65, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Wee Cheng yang juga Pengarah SSH Furniture Sdn Bhd, didakwa atas dua pertuduhan meminta wang suapan RM3.9 juta dan RM7.4 juta, yang juga 10 peratus daripada harga kontrak membabitkan program Jana Wibawa yang bernilai RM39.7 juta dan RM74 juta.

Ia masing-masing bagi projek menaiktaraf jalan pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, di Segamat dan membina jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan FELDA Waha, di Sedili, Kota Tinggi.

Ia sebagai upah bagi membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn Bhd mendapatkan projek itu selain mendorong Syarikat Liku Prestasi Sdn Bhd yang memperoleh projek di Kota Tinggi supaya melantik Syarikat TS Dynamic Construction Sdn Bhd sebagai sub kontraktor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Wee Cheng di Pejabat Trimetro Development Sdn. Bhd., Jalan Majidi, Muar antara Julai 2021 dan Mei hingga Jun 2022.

Wee Cheng juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta bagi projek menaiktaraf jalan pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, di Segamat dan membina jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan FELDA Waha, di Sedili, Kota Tinggi.

Ia sebagai upah bagi tertuduh membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn Bhd mendapatkan projek di Segamat dan sebagai upah kerana bersetuju melantik Syarikat TS Dynamic Construction Sdn Bhd sebagai sub kontraktor.

Semua kesalahan itu pula didakwa dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022.

Semua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 16(a)((A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah II, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Ahmad Akram Gharib sementara tertuduh diwakili peguam bela Cains Tan.

Hakim kemudian membenarkan Wee Cheng diikat jamin sebanyak RM500,000 menerusi wang cagaran dengan seorang penjamin warga tempatan selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai kes.

Hakim turut memerintahkan wang cagaran berkenaan diserahkan pada hari ini juga.

Mahkamah turut menetapkan 17 Mei depan sebagai sebutan kes dan serahan dokumen. BH

Jana Wibawa: Datuk Teo didakwa terima rasuah RM12.8 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker