Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Seorang Ahli Parlimen DAP hari ini mempertahankan pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri meskipun masih berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah.

RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun mempertahankan Ahmad Zahid di Dewan Rakyat, ketika Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan pelantikan itu yang didakwa meletakkan institusi perundangan dan kehakiman dalam keadaan yang amat sukar.



Dalam perbahasan Usul Menjunjung Titah Diraja, Takiyuddin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membelakangkan pendiriannya apabila melantik Ahli Parlimen berstatus tertuduh di mahkamah sebagai pemimpin kedua tertinggi dalam kerajaan.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut memetik laporan berita mengenai perbicaraan kes rasuah dihadapi Ahmad Zahid pada Januari lalu, di mana timbalan pendakwa raya merujuk Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai ‘timbalan perdana menteri yang berada di kandang tertuduh’.

Rayer kemudian mencelah perbahasan berkenaan dan mendakwa kenyataan Takiyuddin itu melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 36(2), yang memperuntukkan ahli Dewan tidak boleh menyebut apa-apa perkara yang dalam pertimbangan mahkamah.

Namun, Takiyuddin menegaskan perbahasannya tidak menyebut merit kes yang dihadapi Ahmad Zahid secara langsung, sebaliknya hanya memetik fakta dan laporan berita.



Tidak berpuas hati, Rayer terus mengganggu perbahasan Takiyuddin dan menegaskan Setiausaha Agung PAS itu tidak boleh merujuk kes Ahmad Zahid, sebelum mempertahankan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana belum didapati bersalah.

“Berbahas, tapi jangan rujuk perkara itu. Bagan Datuk juga belum lagi didapati bersalah… Bagan Datuk belum didapati bersalah,” kata Rayer, sebelum disambut sorakan daripada Ahli Parlimen pembangkang.

“Dulu cakap lain, sekarang cakap lain ya Jelutong,” sindir Takiyuddin, merujuk pada kelantangan Ahli Parlimen Jelutong itu membangkitkan isu rasuah yang dikaitkan dengan UMNO sebelum ini.

Situasi kemudian kembali tenang selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul meminta Takiyuddin meneruskan perbahasannya.



Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu dalam perbahasannya menuntut kerajaan menyatakan pendirian mengenai kewajaran seorang anggota pentadbiran di kedudukan kedua tertinggi dalam kerajaan, terus bertugas sedangkan berdepan pertuduhan di mahkamah.

Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu turut menggesa kerajaan membuat ketetapan supaya anggota pentadbiran yang mempunyai kes di mahkamah mengambil cuti.

“Kita juga nak panduan daripada kerajaan, adakah anggota pentadbiran yang berhak mendapat kawalan polis, boleh menggunakan kawalan polis itu semasa pergi menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Kita akui seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, tapi keadilan perlu diberikan kepada pihak pendakwaan dan mahkamah supaya mahkamah dapat melaksanakan keadilan tanpa takut dan gentar,” katanya. BH



Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker