Penumpang terlepas penerbangan buat ancaman bom palsu

Seorang jurutera tentera di India ditahan selepas membuat ancaman bom palsu dalam percubaan terdesaknya untuk menangguhkan penerbangan sebuah pesawat, lapor akhbar New York Post semalam.

Ajmeer Bhadraiah, 59, yang merupakan seorang penyelia jurutera Perkhidmatan Kejuruteraan Tentera kecewa selepas dia terlepas untuk menaiki satu pesawat pada pukul 5.15 pagi (waktu tempatan) dari Hyderabad ke Chennai.

Bukan itu sahaja, Ajmeer turut dihalang menaiki pesawat IndiGo yang dijadualkan berlepas pada pukul 10.15 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi kerana tiba di sana terlalu lewat.



Polis di lapangan terbang itu berkata, lelaki itu bertengkar dengan kakitangan syarikat penerbangan dan meminta untuk dibenarkan menaiki pesawat, lapor akhbar Times of India.

Apabila ditolak, dia menghubungi bilik kawalan polis untuk memberitahu mengenai ancaman bom dalam penerbangan 6E-6151 dan meminta ia dihalang daripada berlepas, kata polis lapangan terbang, R. Srinivas.

Selepas menerima maklumat, Srinivas menghubungi Ajmeer dan turut memaklumkan Jawatankuasa Penilaian Ancaman Bom di lapangan terbang. Ketika disoal siasat polis, dia mengaku membuat panggilan palsu.

“Dia membuat panggilan itu kerana kecewa terlepas dua penerbangan dan dia tidak dapat melaporkan diri untuk bertugas,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan Cyberabad, V. Bhaskar kepada Times of India.



Pegawai berkata, ancaman bom palsu itu menyebabkan ‘kesusahan’ kepada ramai penumpang di lapangan terbang Hyderabad selain mencetuskan pemeriksaan keselamatan yang mengakibatkan kelewatan.

Ajmeer  telah ditahan dan didakwa atas tuduhan ugutan dan pelanggaran Akta Pesawat. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)



Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker