Tolong jangan kecam cucu saya

Saya minta maaf

Tolong jangan kecam cucu saya

Pasir Gudang: “Saya memohon maaf terhadap jiran atas perbuatan cucu yang tular di media sosial dan harap dia tidak dikecam lagi,” kata seorang wanita mualaf berusia 57 tahun yang mahu dikenali sebagai Fatimah.

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan cucu perempuan berusia lapan tahun itu kesunyian dan tertekan dengan permasalahan keluarga hingga berbuat demikian.

Menurutnya, dia hanya menyedari perbuatan cucunya dikenali sebagai Bavani selepas ia tular di laman TikTok Sabtu lalu.

Katanya, dia yakin perbuatan Bavani mencalar kereta jiran yang diletakkan di parkir bawah flat mahupun mengambil dan membuang penyepit milik jiran adalah sesuatu tabiat baharu.

“Dia sebelum ini kanak-kanak berperwatakan riang dan lincah serta tidak berdepan dengan masalah pembelajaran, namun sejak saya jatuh sakit dan bapanya pula terpaksa berjauhan dengan keluarga atas faktor tidak dapat dielakkan, Bavani suka mendiamkan diri serta bersendirian.

“Kehidupannya tidak sama seperti kanak-kanak lain kerana sejak kecil bapanya sudah berpisah dengan ibunya dan terus terputus hubungan.

“Namun sejak akhir tahun lalu saya mengalami darah tinggi selain sakit jantung, saya tidak mampu membawanya ke mana-mana,” katanya.

Fatimah berkata, dia juga mengalami masalah pergerakan yang terbatas serta tidak dapat menaiki atau turun tangga dari tingkat empat di flat projek perumahan rakyat (PPR) itu.

Menurutnya, bapa Bavani yang juga seorang mualaf terpaksa berjauhan dengan keluarga sejak kebelakangan ini hingga kanak-kanak itu kurang perhatian.

Katanya, ketika berada di rumah, Bavani rajin membantunya mengemas rumah dan melakukan beberapa kerja.

“Dia juga bersekolah di sebuah sekolah Tamil berhampiran.

“Saya menyara Bavani dengan bantuan am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah RM300 sebulan sepenuhnya dan kami juga dibantu anak lelaki lain daripada segi pemakanan harian.

“Kami bukan orang senang dan saya juga buntu memikirkan tambang bas sekolah ya yang mencecah RM60 pada Mac depan.

“Saya berharap dapat memberi keselesaan kepada Bavani supaya dia dapat meneruskan persekolahan seperti biasa dan menjadi insan berguna pada masa depan,” katanya ketika ditemui.

Fatimah berkata, dia juga menasihati cucunya supaya tidak mengulangi perbuatannya itu.

“Sejak kes berkenaan tular, ramai pihak yang ingin mendapatkan penjelasan daripada kami dan sebagai penjaga Bavani saya memohon maaf dan berjanji ia tidak akan berulang,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Blok 52, Karim Abd Rahman berkata, keluarga kanak-kanak berkenaan sering dibantu oleh jiran-jiran berhampiran.

“Mereka juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan jiran lain melainkan kejadian baru-baru ini.

“Kami berharap keluarga berkenaan terus dibantu terutama dari segi persekolahan dan sokongan moral supaya masa depan kanak-kanak berkenaan lebih terjamin, katanya.

Video berkaitan kejadian berkenaan menerima perhatian hampir 33,000 netizen selain menerima 2,500 komen termasuk berbaur kecaman. HM

Tolong jangan kecam cucu saya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker