Siasatan berterusan, termasuk ke atas Muhyiddin – Azam

Jana Wibawa akan terus disiasat SPRM


Siasatan berterusan, termasuk ke atas Muhyiddin – Azam

SPRM tidak menolak akan ada lagi pendakwaan berkaitan program Jana Wibawa, yang setakat ini telah menyaksikan dua individu dihadapkan ke mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata ada “tiga atau empat” lagi kertas siasatan berkaitan kes itu yang sedang disiapkan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Ada beberapa lagi kertas siasatan sedang dijalankan, pegawai penyiasat sedang siapkan kertas siasatan berkenaan.



“Saya tidak menolak mana-mana pihak atau pemimpin jika terlibat menerima suapan untuk sesuatu perkara, maka akan ada siasatan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ditanya jika Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin jika akan didakwa, Azam berkata dia tidak dapat mengulas perkara itu kerana siasatan sedang dijalankan.

“Siasatan terhadapnya berjalan seperti biasa…Saya serahkan kepada peguam negara apabila siasatan diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut didakwa atas empat pertuduhan rasuah berkaitan Jana Wibawa di dua mahkamah berbeza. Mk



Siasatan berterusan, termasuk ke atas Muhyiddin – Azam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)



Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker