Nasib Muhyiddin akan ditentukan Jabatan Peguam Negara

 

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menentukan sama ada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin dituduh di mahkamah atau tidak berhubung kes Jana Wibawa yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, masih terlalu awal untuk beliau membuat sebarang kesimpulan berhubung perkara itu memandangkan siasatan masih berjalan.

“Didakwa atau tidak, itu saya tidak boleh komen sekarang kerana siasatan SPRM masih dijalankan ke atas beliau (Muhyiddin).

“Saya serahkan kepada AGC untuk membuat sebarang keputusan selepas kertas siasatan dilengkapkan oleh pihak kami,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Ops Tropicana di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin sebelum ini mendakwa bahawa SPRM telah mengesahkan bahawa beliau bukanlah suspek dalam siasatan yang dijalankan suruhanjaya tersebut ketika hadir untuk memberikan keterangan.

SPRM bagaimanapun telah mengeluarkan satu kenyataan balas yang memaklumkan bahawa Muhyiddin tidak sepatutnya memberi ulasan berunsur spekulasi kerana perbuatan seperti itu boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Mengulas lanjut, Azam turut menafikan dakwaan pengerusi Perikatan Nasional itu bahawa kononnya pendakwaan ke atas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai pendakwaan terpilih.

“SPRM bukanlah alat bagi mana-mana parti politik dan tidak wujud sama sekali siasatan atau dakwaan terpilih dalam isu ini seperti didakwa oleh beliau (Muhyiddin).

“Di SPRM, kita jalankan siasatan secara profesional dan bergantung kepada aduan serta maklumat yang diterima. Jika dapat maklumat maka siasatan akan dilakukan,” tegas beliau

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker