Tentera lepaskan tembakan, penyeludup ketum ditahan

Tentera lepaskan tembakan, penyeludup ketum ditahan

Padang Terap: Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang sarat dengan muatan daun ketum enggan berhenti apabila diminta berbuat demikian ketika kejadian di Kampung Sungai Kechil di sini, hari ini.

Terdahulu, kenderaan itu diekori pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menunggang motosikal sewaktu membuat rondaan di kawasan Durian Burung selepas mendapati kenderaan bernombor pendaftaran Thailand itu dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pasukan tentera mengarahkan kenderaan itu berhenti namun pemandunya terus memecut laju dan berlaku aksi kejar mengejar.

Kenderaan itu cuba menghimpit motosikal tentera dan hampir melanggar kenderaan awam. Keadaan itu menyebabkan pegawai tentera yang membonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan dan kenderaan itu akhirnya terbabas ke bahu jalan.

Kejadian itu juga menyebabkan puluhan bungkusan plastik hitam yang disyaki mengandungi daun ketum bertaburan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.35 tengah hari di kawasan Malaysia-Thailand dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Kota Putra.

Menurutnya, hasil pemeriksaan fizikal mendapati dua lelaki terbabit adalah warga tempatan.

“Salah seorang daripadanya mengalami cedera di kaki manakala seorang lagi cedera di kepala akibat kemalangan itu.

“Kedua-duanya dibawa ke Hospital Kuala Nerang dengan ambulans. Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan pasukan tentera di dalam pacuan empat roda itu terdapat beberapa bungkusan plastik hitam mengandungi daun disyaki daun ketum.

“Bagaimanapun, anggaran berat belum dapat dipastikan lagi dan identiti dua suspek belum dikenal pasti setakat ini,” katanya.

Mulkiaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung Kejadian itu dan siasatan masih dijalankan setakat ini.

Sementara itu tular di media sosial video berdurasi 20 saat yang memaparkan dua anggota ATM sedang menahan dua lelaki tersebut dan daun ketum berselerakan di bahu jalan. HM

Tentera lepaskan tembakan, penyeludup ketum ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker