Bawa pedang kayu pun tak boleh – Hadi

Pihak kecam guna replika senjata, kostum terikut dengan Islamofobia, dakwa Hadi

Bawa pedang kayu pun tak boleh – Hadi

PAS menyifatkan pihak yang mengecam penggunaan replika senjata dan kostum tentera Islam ketika perarakan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 Jumaat lalu sehingga mengundang polemik masyarakat seolah-olah terikut dengan Islamofobia.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa golongan terbabit juga sudah menggambarkan kedudukan Islam itu sebagai agama yang menakutkan.

“Apa yang mereka takut sangat pada Islam ini. Seolah-seolah Islamofobia dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah yang dilakukan.

“Orang Islam bawa pedang kayu pun takut, sedangkan musuh Islam guna senjata nuklear yang memusnahkan, yang diharamkan oleh Islam tak apa.

Umat Islam bawa pedang kayu tak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika hadir Majlis Apresiasi dan Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Abdul Hadi berkata, malangnya ada pihak yang terpengaruh dengan naratif ketakutan yang cuba digambarkan pihak tertentu itu.

“Malangnya ada orang yang terpengaruh seolah-olah Islam ini menakutkan. Kejayaan Islam bukan dengan senjata, tetapi adil, hikmah,” katanya.

Penggunaan barangan replika pedang dan kostum pakaian tentera Islam berkait perarakan pada program HIMPIT 2023 Jumaat lalu mencetuskan polemik di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan penganjuran perarakan bersama replika senjata dalam satu perhimpunan terbuka adalah tidak wajar dan mengundang keresahan awam.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan apabila tular di media sosial jelas ia menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Susulan itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, dilaporkan berkata, pihaknya merampas replika senjata yang digunakan ketika perarakan HIMPIT 2023 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan. BH

Bawa pedang kayu pun tak boleh – Hadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker