Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk

Seorang pelajar lelaki membunuh guru wanita dengan menikam dadanya di sebuah sekolah di barat daya Perancis semalam, kata pihak berkuasa seperti dilaporkan stesen penyiaran CNN.

Guru berusia 50 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan daripada tikaman suspek yang berusia 16 tahun, kata jurucakap kerajaan Perancis, Olivier Veran.

Penyerang adalah seorang remaja yang mengalami masalah psikologi yang mendakwa dirinya ‘dirasuk’ ketika menikam dada guru itu, demikian menurut saluran BFMTV.



Tambah laporan tersebut, berikutan serangan di bandar Saint-Jean-de-Luz itu, suspek melarikan diri ke bilik bersebelahan di mana dia memberitahu seorang guru bahawa terdapat ‘suara halus’ menyuruhnya melakukan serangan tersebut.

Guru tersebut kemudian mengambil senjata daripada pelajar terbabit dan dia berada bersama suspek sehingga polis tiba, kata BFMTV.

Pendakwa raya tempatan, Jerome Bourrier berkata, pihak berkuasa telah melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada pelajar tersebut melakukan pembunuhan terancang.

Bourrier berkata, pelajar itu kini berada dalam tahanan polis. – Agnesi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’



Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker