Nazlan Langgar Etika Hakim, Najib Dinafikan Perbicaraan Yang Adil

Pertuduhan pada Najib telah "rosak", duit RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib bukanlah dari SRC tetapi dari Ihsan Perdana.

Oleh Norzahira

AKHIRNYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said mendedahkan SPRM telah menyerahkan laporan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berhubung siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikaitkan dengan pelanggaran di bawah Kod Etika Hakim 2009.

Nazlan yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib. Memetik hantaran Raja Petra, beliau menegaskan Hakim Nazlan Ghazali tidak layak untuk menjadi hakim pada perbicaraan kes SRC International. Sekiranya betul Anwar Ibrahim berjanji nak lawan salah guna kuasa dan rasuah, sebab apa dia diam di dalam kes Najib Razak?



Bukti juga menunjukkan duit RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib bukanlah dari SRC tetapi dari Ihsan Perdana. Ini menjadikan pertuduhan keatas Najib telah rosak?

Malah beberapa orang penganalisis politik turut mempersoalkan berkenaan perkara ini. Ihsan Perdana – ditubuhkan pada 1990-an dengan nama Gem Horizons Sdn Bhd – sepatutnya melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada SRC International Sdn Bhd.

SRC membayar RM50mil kepada Ihsan Perdana melalui Gandingan Menteri untuk melakukan kerja CSR. Ihsan Perdana kemudian membayar RM42 juta daripada RM50 juta yang diterima kepada Najib yang turut menjalankan kerja CSR.

Ini bermakna wang itu bukan lagi milik SRC kerana ia telah memindahkannya secara sah kepada Ihsan Perdana.



Lim Sian See mempersoalkan dakwaan terhadap Najib kerana jika ada kesalahan, maka:

1. Perlu dipastikan bahawa SRC silap membayar RM50 juta untuk CSR. Tetapi ini tidak pernah ditimbulkan di mahkamah.

2. Adalah salah untuk Ihsan Perdana membayar RM42 juta kepada Najib untuk melakukan CSR tetapi tiada sesiapa pun di Ihsan Perdana yang pernah membuat aduan bahawa mereka salah membayar Najib. Ia tidak pernah ditimbulkan di mahkamah bahawa ini adalah salah.

Tiada bukti Najib pernah meminta SRC membayar RM50 juta
Tiada bukti Najib pernah meminta Ihsan Perdana memindahkan wang RM42 juta itu ke akaunnya.



Sebaliknya, dua eksekutif yang terlibat dalam Ihsan Perdana yang membayar RM42 juta kepada Najib telah memohon maaf kepada Najib kerana memindahkan jumlah itu ke akaunnya tanpa pengetahuannya.

Jadi bagaimana Najib boleh dituduh sebagai “mencuri” daripada SRC sedangkan pemilikan dana itu telah dipindahkan secara sah kepada Ihsan Perdana?

Dalam masa yang sama, Najib telah menerima sekurang-kurangnya RM642 juta daripada Arab Saudi termasuk pemindahan terus daripada Kementerian Kewangan Saudi ke dalam akaun banknya. Beliau telah menggunakan sepenuhnya RM642 juta untuk kerja CSR.

Malah Najib diberitahu bahawa lebih banyak derma lagi telah dipindahkan dari Saudi. Atas sebab itu dia terus membelanjakan wang CSR tanpa mengetahui wang yang dimasukkan oleh Ihsan Perdana.



Ini merupakan penganiayaan tahap tinggi yang melibatkan banyak jabatan perundangan dalam negara kita dan bekas pemimpin politik yang pernah berada dalam kerajaan. Rakyat mahu Datuk Seri Najib diberikan perbicaraan yang adil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker