Zarina jawab tuduhan Khazrul

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Konflik dan persengketaan pelakon Zarina Anjoulie, 36, atau lebih mesra disapa Anju dengan bekas tunangnya, ahli korporat, Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, masih berterusan dan belum menemui penghujungnya.

Zarina dan Khazrul saling membalas dengan membuat perkongsian membongkar keburukan masing-masing di laman Tik Tok sekali gus terus mencuri perhatian warganet.



Terbaru, menerusi hantaran di laman Tik Tok, Khazrul mendakwa Zarina seorang penagih dadah jenis sintetik dan kaki pukul anak serta beberapa kali dihalau dari rumah kerana sering bergaduh dengan adik-beradik.

Pada masa sama, Khazrul juga mendakwa Zarina juga mempunyai konflik dengan ibunya sendiri.

“Sebelum saya kenal dengan dia, mak dia pernah bertanya betul ke saya nak berkawan dengan dia (Anju) kerana mak dia cakap dia gilo (gila) kerana hisap dadah kuat sangat.

“Tapi saya beritahu mak dia, saya ikhlas nak berkawan dengannya dan nak ubah diri dia,” katanya.



Zarina juga tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan dirinya serta menjawab segala dakwaan yang dilontarkan bekas tunangnya itu menerusi sesi siaran langsung di laman Tik Tok.

Dalam perkongsiannya, Zarina berkata, sekiranya benar dia seorang penagih dan kaki pukul, Khazrul perlu menunjukkan bukti kukuh daripada bijak berkata-kata di media sosial.

“Cakap memanglah boleh cakap, saya pun boleh cakap macam-macam. Bezanya, kalau Anju cakap pasti ada bukti dan resit.

“Takpelah, nak fitnah, fitnahlah. Setiap hari orang boleh cakap. Saya pun boleh buat cerita macam-macam,” katanya.



Menurut Zarina, dia menerima segala kisah silamnya dan warganet juga sedia maklum mengenai sejarahnya terdahulu.

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak ‘fake’ berlakon menjadi baik di media sosial,” katanya.

Bagaimanapun, kata Zarina, jika benar dakwaan Khazrul yang menuduhnya penagih dadah dan kaki pukul, kenapa bekas tunangnya itu membenarkan dia menjaga anak perempuannya, Julia Sharapova sebelum ini.

“Kalau Anju ni penagih, kaki pukul anak, teruk, anda rasa seorang datuk seri yang kerja korporat nak bagi ke jaga anak dia? “Kalian sendiri nampak Anju bawa anak dia pergi sana sini. Cuba fikir logiklah?,” katanya. HM



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker