Mangsa pokok tumbang sempat diajar kalimah syahadah – Saksi

Saksi kejadian pokok tumbang Muhammad Tariq Haikal

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, hari ini dikatakan masih sedar kira-kira lima minit selepas kepalanya dihempap pokok.

Saksi kejadian, Muhammad Tariq Haikal, 24, berkata, dia berada di pejabatnya yang terletak berhampiran lokasi apabila mendengar bunyi angin kuat dan pokok tumbang menghempap beberapa kenderaan dalam kejadian jam 2 petang

“Dalam kelam kabut itu, saya keluar dari pejabat untuk membantu pemandu sebuah kenderaan yang tersepit, dengan dahan pokok tembus di bahagian tempat duduk penumpang depan hingga ke tempat pemandu.

“Saya dan beberapa orang awam bantu angkat dahan yang menghempap kepala lelaki itu dan dia (mangsa) masih sedar kira-kira lima minit.



“Ada orang lain sempat pesan kepadanya supaya mengucap (dua kalimah syahadah) sebelum lelaki itu pengsan,” katanya yang bekerja sebagai ejen hartanah.

Menurutnya, dia tidak melihat orang lain di dalam kereta melainkan hanya pemandu malang berkenaan.

Muhammad Tariq berkata, kebanyakan kenderaan yang dihempap pokok tumbang tidak sempat mengelak disebabkan berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Ada juga mangsa (yang tidak terperangkap) dilihat trauma dengan kejadian itu. Mereka melarikan diri di kawasan hotel berhampiran.



“Kita harap pihak berkuasa tempatan dapat ambil tindakan segera terhadap pokok di kawasan ini yang sepatutnya ditebang bagi mengelak perkara sama berulang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang maut, manakala dua lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker