Bertengkar guna kata-kata kesat, lelaki maut dipukul rakan

PASIR GUDANG: Seorang lelaki maut dipercayai akibat dipukul rakannya selepas berlaku perselisihan faham membabitkan kata-kata kesat, di hadapan sebuah restoran di Taman Scientex, di sini, kelmarin.

Terdahulu dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan bertengkar dengan rakan berumur 29 tahun mengenai perkara peribadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Sohaimi Ishak, berkata pertengkaran itu bagaimanapun dipercayai semakin serius apabila kedua-duanya saling melemparkan kata-kata kesat.



“Pergaduhan yang pada mula hanya membabitkan kata-kata itu bertukar ganas apabila rakan mangsa didakwa tiba-tiba memukulnya.

“Mangsa dipercayai dipukul dengan topi keledar sebelum hilang imbangan dan pengsan di hadapan restoran berkenaan. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian susulan aduan orang awam di situ.

“Bagaimanapun, senjata sebenar yang digunakan untuk memukul mangsa masih dalam siasatan. Kita sedang menunggu laporan analisis bedah siasat yang dilakukan, semalam” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Sohaimi berkata, polis berjaya mengesan suspek di rumah sewanya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian, sejurus selepas insiden berkenaan.



Beliau berkata, suspek kini direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Berdasarkan hasil siasatan awal, suspek didapati mempunyai enam rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan jenayah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker