Peperiksaan ACCA, 2 pelajar perakaunan UiTM tempat kedua dunia mengharumkan negara

Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cemerlang apabila meraih tempat kedua dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Fakulti Perakaunan UiTM dalam satu kenyataan berkata Nur Ilhan Nurina Mohd Oslan dan Muhammad Fawwaz Mohammad Masrin, masing-masing dari kampus Shah Alam dan Tapah, Perak.

Dalam peperiksaan berkenaan, Nur Ilhan mendapat tempat pertama di Malaysia dan kedua dunia bagi peperiksaan Audit and Assurance (AA).



Muhammad Fawwaz pula memperoleh tempat pertama dan kedua dunia untuk Top ACCA FIA Prize Winner bagi kertas Management Information (MA1)

“Kejayaan konsisten pelajar-pelajar ini memberikan impak positif, motivasi dan inspirasi kepada rakan-rakanseperjuangan, kaum keluarga, pihak fakulti, UiTM dan rakyat Malaysia secara amnya.

“Sebagai fakulti yang terbesar di Malaysia dalam bidang perakaunan, Fakulti Perakaunan mendukung tanggungjawab yang signifikan, di mana pada setiap tahun fakulti melahirkan lebih kurang 50 peratus graduan perakaunan di kalangan semua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) negara,” kata kenyataan berkenaan, di sini, hari ini.

Kenyataan berkenaan berkata Fakulti Perakaunan adalah satu daripada fakulti terawal di UiTM yang bermatlamat untuk menghasilkan lebih ramai akauntan bertauliah.



Katanya, kini fakulti mengorak langkah bagi mencapai aspirasi kerajaan untuk meningkatkan jumlah graduan profesional dalam bidang perakaunan negara kepada 60,000 orang menjelang 2030.

“Sehubungan itu, pihak fakulti melebarluaskan peluang pengajian profesional perakaunan bagi pelajar lepasan SPM di kedua-dua kampus cawangan Tapah dan Dungun, selain hanya di Shah Alam sahaja.

“Fakulti Perakaunan sentiasa berusaha menghasilkan graduan perakaunan yang `market-ready’ (kebolehpasaran) dengan penawaran program akademik berkualiti dan diiktiraf oleh pelbagai badan profesional dalam serta luar negara.

“Ia termasuk Malaysian Institute of Certified Public Accountants(MICPA), The Association of Chartered Certified Accountants(ACCA), The Chartered Institute of Management Accountants(CIMA), Certified Public Accountants (CPA, Australia) dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW),” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker