Faisal Halim di ICU, mohon doa buat semua

Gambar hiasan

SHAH ALAM: “Doakan saya, kirim salam pada kawan-kawan.”

Itu kata-kata pemain Selangor, Faisal Halim kepada Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC menjelaskan beliau sempat berjumpa dengan Faisal sebelum pemain berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan kedua, petang ini.

“Saya baru sahaja melawat Faisal. Alhamdulillah dia sedar, tapi dia dijadualkan untuk jalani pembedahan kedua kira-kira jam 5.30 petang selepas pembedahan pertama dua hari lalu.



“Jadi kita doakan supaya pembedahan kedua akan berjalan lancar. Saya sempat jumpa Faisal, dia kata doakan dia supaya dia cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.

“Saya fikir akan ada lagi pembedahan yang seterusnya. Benda ini makan masa, saya difahamkan sekurangnya-kurangnya 10 hari Faisal akan berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” katanya.

Shahril berkata demikian ketika ditemui selepas beliau melawat pemain Selangor, Faisal Halim di sebuah hospital, di sini, hari ini.

Faisal yang juga tonggak penting skuad kebangsaan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, kelmarin.



Terdahulu, penyerang dilaporkan menggunakan asid sulfurik yang menyaksikan Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat.

Difahamkan hampir keseluruhan badan Faisal dibalut yang mana kecederaan paling teruk dialami di bahagian tangan kiri.

“Doktor tak bagi tahu spesifik (asid), tapi saya dimaklumkan asid sulfurik yang sangat berbahaya. Jadi kita doakan supaya dia cepat sembuh,” kata Shahril.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka



Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker