Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa

Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa

Ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad yang berdepan empat tuduhan rasuah berhubung program Jana Wibawa, akan didakwa lagi dengan pertuduhan kelima pada 28 Feb ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, timbalan ketua Bersatu Segambut itu pada mulanya dijadualkan didakwa lagi hari ini.



Bagaimanapun, Adam Radlan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu depan.

Kelmarin, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meminta dan menerima rasuah RM500,000 berkait Jana Wibawa untuk projek jalan raya bernilai RM47.8 juta di Perlis. Projek itu diberikan Putrajaya menerusi rundingan terus.

Semalam, beliau mengaku tidak bersalah atas dua lagi dakwaan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan inisiatif bagi membantu kontraktor Bumiputera ketika pandemik Covid-19. FMT

Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker