Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis

Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis

Polis sedang mengesan seorang penghantar makanan yang bertindak menendang pengawal keselamatan bertugas di pos kawalan Taman Bukit Meringin dekat Sungai Ramal Luar, Kajang, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang, ketika penghantar makanan bermotosikal itu berhenti di pos pengawal untuk meminta kebenaran masuk ke taman perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati penghantar makanan terhadap pengawal keselamatan terbabit selepas dia tidak dibenarkan masuk.

“Suspek beritahu dia hendak ke rumah ‘nombor 3’ di Taman Bukit Meringin tetapi pengawal keselamatan warga Nepal itu maklumkan rumah berkenaan kosong dan tiada penghuni serta tidak membenarkan suspek masuk.

“Suspek kemudian berang dan tidak puas hati dengan jawapan mangsa sebelum turun daripada motosikalnya dan melepaskan satu tendangan ke perut mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, kejadian itu dirakam oleh kamera papan pemuka (dash cam) kenderaan seorang saksi yang kebetulan hendak masuk ke kawasan perumahan itu.

“Pengawal keselamatan terbabit kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada penyelianya yang berusia 42 tahun yang kemudian tampil membuat laporan polis pada jam 10.52 malam, kelmarin.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sedang mengesan suspek yang juga seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Zaid berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampi membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Ahmad A’fifi Ahmad Humaidi di talian 019-7142486.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu rakaman video dash cam menunjukkan dua pekerja penghantar makanan bermotosikal berhenti di hadapan palang halangan automatik di laluan masuk ke taman perumahan.

Seorang daripada mereka kelihatan sedang bercakap dengan seorang pengawal keselamatan di situ, sebelum dia turun daripada motosikal dan berjalan ke arah pengawal keselamatan terbabit dan menendang perut mangsa. BH

Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker